Kekecewaan yg dinyatakan Panglima ATM tentunya turut dikongsi bersama ramai pihak. Sikap sesetengah penduduk Bukit Antarabangsa yg tidak bersyukur dan berterima kasih sesungguhnya menjengkelkan. Dakwaan bahawa anggota petugas seperti tentera, polis, bomba dan Rela sebenarnya mencuri dan enggan membantu memindahkan barangan milik mereka amat tidak berasas sebagaimana ditekankan Panglima.
Sedangkan tugas2 utama dan kritikal lebih tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR). Dan juga mewujudkan laluan alternatif dan mendirikan jambatan. Malah ribuan nyawa penduduk telah berjaya dikeluarkan dengan selamat atas tungkus lumus usaha2 ini.
Usaha nak selamatkan nyawa, penduduk kecoh nak selamatkan harta. Boleh? :P