Menjunjung kasih dan salam takziah buat keluarga Di Raja Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di atas kemangkatan Baginda Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman hari ini.
Almarhum dilahirkan pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang DiPertuan Agong ke 10 (26 April 1994 ke 25 April 1999). Meninggalkan seorang permaisuri, iaitu Tunku Najihah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, 3 putera dan 3 puteri.
Jenazah Almarhum akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir dan istiadat pengebumian dijadualkan pada hari Isnin selepas solat asar.