Friday, December 12, 2008

Ajal Maut

Akibat penyakit kencing manis, kaki ibu saudara ku (adik abah), kini terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya. Dikhabarkan pakar bahawa hanya tinggal beberapa minggu untuk dia hidup jika pembedahan tidak dilakukan segera. Tentunya sukar bagi dia atau sesiapa saja untuk hilang keupayaan setelah sekian lama mampu.

Khabar itu mengimbau disaat abah menerima berita yg dia mengidap barah. Pelbagai tempoh disebut antaranya hari, bulan, atau bila-bila masa. Sungguhpun mati itu tidak sesaat awal mahupun sesaat lewat. Abah meninggal 1 tahun setengah selepas mengidap barah paru2. Hinggakan ramai yg tidak sangka dia melepasi tempoh jangkaan untuk terus hidup.

Dan itulah harapan semua buat ibu saudara, agar dia tidak berputus asa. Terus berusaha dan menerima semua ini sebagai satu dugaan. Ikuti jejak abangnya yg berjuang untuk hidup dan berpantang maut sebelum ajal.