Tuesday, October 7, 2008

Rezeki Mat

Bersyukur rasa bila baca di Utusan, kisah Mat yg berumur 14 tahun. Atas bantuan pelbagai pihak, Mat yg selama 2 bulan menjadi kelindan lori untuk menyara adik2, telah kembali ke sekolah. Walaupun terpaksa mengadaikan ilmu dalam waktu yg singkat, ia satu pengorbanan seorang abang yg cukup bermakna.

Teringat pula kat 2, 3 anak saudara sendiri yg tak selalu tapi adakalanya ponteng sekolah. Mereka tak malas, hanya kurang rajin ;)

Mungkin rezeki Mat untuk menyambung semula apa yg terhenti. Semoga Mat berjaya dalam usahanya dan tidak mensia-siakan peluang yg ada.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tak siapa yg tahu ;)