Wednesday, May 14, 2008

Persepsi

Mungkin yg baca blog aku duk fikir, knp macam banyak masalah je mamat ni?? Coretan yg sarat dengan konflik diri yg dalam. Lagi2 dgn sikap aku yg jenis lone ranger ni, tak ramai teman dan suka duk rumah. Niat tu nak tenangkan fikiran, tapi kadang2 tak gak, so aku salurkan kat blog ni. Tak banyak, sikit tentang dilema semasa hari ke hari. Of cos ada hari tu OK jer. Hari2 pun adakala ceria, mendung dan berangin. Tengok sepoi, elok arusnya, ia ke kanan, tentang arusnya, ia ke kiri. Mungkin expresi tulisan tu agak keras dan keterlaluan but again tanpanya macam mayat hidup plak!

Susulan coretan semalam yg sedikit menimbulkan persoalan. Pada pandangan aku, persepsi mentah yg dilemparkan pada diri ini very unfair. Kira macam anggap aku ni kambing hitam. Aku heran bila dianggap sebagai tidak progresif dan punca segala. Malah sumbangan aku pun disoalkan. Serangan karakter yg tak brp dasyat tapi takan ku lupa. Sebab aku suka tengok benda yg kecil sblm ia jadi besar. Small2 thing yg org suka lepas pandang.

Persepsi diorang sebenar bukan pandangan langsung. Dua perkataan ni, kalau gunakan kat ayat, maksudnya berbeza. Persepsi atau tanggapan ni kalau tak hitung baik2, memudaratkan. Maksud tersurat dan tersirat ada kesan positif n negatif. Kalau baik, bagus la, yg tak bagus tu bila tak baik. Kesan jangka pendek dan panjang yg kita tak jangka pun!

Semalaman aku berfikir sampai ke subuh. Hari ni lebih jelas sebab otak tak kusut sangat. Lagi pun ada yg sudi mendengar over coffee. Yg pasti, semalam merubah segalanya.
Aku perlu berhati2 dalam menangani isu hadapan dan pabila bertentangan gunting2 yg dalam lipatan. Tidak akan ada kesaksamaan atau sediakala. No more wat to do??! Just do!!

Akan ku ubah persepsi songsang ni sampai ke perut bumi, maksudnya sampai aku mati la! :))