Sunday, May 11, 2008

Diam berisi

Aku terpanggil nak coret pasal perkara ni. Aku diduga dengan sikap org yg tak puas hati dengan cara dan pendekatan aku. Aku pun kadang2 heran gak kenapa jadi begitu. Aku tahu diri ku, aku tak mintak org accept aku macam kawan, yg nak jadi lawan pun aku ON je! Tapi perhaps org kena belajar kata bila perlu dan diam bila mahu.

Anyway, cam biasa, aku diam jer n buat tak tahu. Bukan apa, layan kang, lagi dia teruja nak terus kutuk dan keji aku umpama menangguk di air keruh??! Dia pun tahu, aku memang tak layan sgt benda2 remeh. Tu yg dia terus menerus mengata, ikut hati nak je cakap... "just shut up la old man!!". Lagi pun bukan benda baru. Aku tahu, dia nak aku melatah n melenting. Itu la peluang dia nak kata aku ni memang kurang ajar.

Betul memang aku selalu kurang ajar TAPI pd mereka yg kurang ajar! Dunia pun ini kadang2 berputar tanpa pedulikan yg lain. Kita je la kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Bukan aku tak boleh cakap balik pd org begini, tapi apa guna kematangan dan kesabaran yg aku semat kat diri selama ni. Mungkin itu gak yg buat org sentiasa sakit ati dgn aku. Tak nafi la, memang kadang2 tu tercabar. Tapi takpe la, yg penting tuhan pun suke org yg sabar kan! ;))

Berani pd yg idup, takut pabila mati.