Saturday, May 17, 2008

Susah Kerja Susah

Aku tahu, Hari Pekerja 1 Mei dah lama lalu, tapi dalam kekusutan pagi ni, aku duk teringat tentang lampau. Masa aku mula2 duk cari kerja. Hari2 beli suratkhabar. Star, Metro , macam2 la lagi. Dengan photostat resume dan sijil yg tak berjela sgt. Berkeping2 gambar paspot, sampul A4, setem, marker dan glue. Pendek kata kira macam ada office kecik la. Itu pun selepas few years aku berehat atas sebab2 peribadi.

Of cos time tu 1998, 99, (time2 bung Anuar buat hal!!) zaman kegawatan ekonomi. Jawatan kosong tak sebanyak yg memohon. So pengalaman keje kena setanding dgn pendidikan. Setakat ada ijazah, tapi tak reti keje pun tak layak. Reti keje dulu, baru citer sijil! N kalaupun ada tu semua, time temuduga tu penting. Peribadi, ketrampilan, persediaan, semuanya diambil kira. Kalau dtg interview pun pakai t-shirt! Sape nak bagi keje kan!!

Sebabkan terlalu ramai yg memohon satu2 keje tu, so tak boleh nak memilih sgt. Asal tak lari dgn pengalaman lepas n berkait dgn apa yg kita belajar. Amik je la kalau ada tawaran. Memang susah! Caya la! Aku dah tak ingat brp kali gi interview. Sampai peringkat ke3 pun tak dapat gak. Skill aku kat admin n management, so setiap permohonan n temuduga tu aku amik serius. Dari kepala sampai kaki. Macam2 alasan la selalu company bagi. Aku pun tak tahu mana gi silapnya.

Currently, aku tak nak kata keje tu senang. Ada la kurang lebihnya. Kalau semua dalam dunia ni senang, taklah kita semua berebut2 kejar. Tapi jgn sampai yg dikendong tercicir. Hargai la keje yg ada skrg. Hormati mereka yg bekeje dengan dan sekeliling kita, vice versa. Banyak cara nak hargai atau hilang sesuatu yg kita pegang kuat. Yg penting, jgn hilang rasa syukur dan hormat sebab tu alamat kita akan hilang segalanya. Hargai diri kerna diri ni jugak perlu dihargai.

Hidup seorang sunyi. Hidup ramai, gembira. Hidup beribu, padat. Hidup berjuta, payah! :))