Dah nama pun rumah idaman, tentu ramai yg punya keinginan begitu. Mungkin tidak skrg, tapi satu hari pasti mahu. Bagi aku, setakat arkitek drawkan my vision of the new home pun dah memadai. Selebihnya kena tunggu masa dan wang yg duk tengah kumpul ni!!
Rumah skrg yg dah 2 tahun lebih aku duduk ni tinggi sikit. Jauh dari tanah dan dekat dgn langit! Aku perlukan ketenangan, privacy dan view. Dengan KL CC view tapi kalau nak tengok bunga2 api tu, macam hujung mancis je la. Keselesaan tu ada pasal tak jauh dari kota n dekat dgn segala kemudahan. Parents pun duk tak jauh dari sini. Masa aku beli rumah, teragak2 dengan budget cos masa tu nak buat loan kena pledge macam2. So meminjam la dulu. Tapi dah bayar balik semua, No hutang2! :)) Nak selesa, kena la sanggup bayar. Noting is free rite! Lebihkan usaha tuk capai apa yg kita mahu. Dan benda2 tu duniawi, selagi kita imbanginya, cubalah kecapi sebab bila dah mati, lain plak yg dicarik :)
Mak aku selalu idamkan rumah yg selesa. Walau pun mak dah 65, dia masih tercari2 keselesaan tersebut. Aku faham knp dan tak perlu la aku ulangi lagi disini. Kalau panjang umur dan murah rezeki, dia akan merasai rumah tersebut, Insya'allah! Aku tak pernah anggap benda2 ni halangan. Memang org akan berkata sana sini, tapi peduli la. Lagi pun tu semua hak masing2 nak buat rumah kecik ke besar. As long kita ada kemampuan, tak salah. Berjuta pun ada yg sanggup, yg penting ia menepati kehendak si pemilik. Kadang aku terpegun gak tengok rumah2 org kaya ni yg gah. Rasa duit diorang ni berguni2 gamak nyer!Selagi kita sanggup berkorban, ianya tidak mudah tapi tidak juga mustahil.