Bak kata pepatah, wang adalah segalanya! Ada yg sanggup buat apa saja kerananya. Tak kira halal haram, janji hasilnya lumayan! Pasti teruja untuk mengaut selagi boleh. Macam2 alasan yg karut marut diberi, semata2 utk halalkan perbuatan itu.
Hilang arah dan pertimbangan, maruah, kasih dan sedara atau mungkin juga hilang nyawa, Yg pasti, wang itu mesti dimiliki! Tanpa malu menilai ketidaksempurnaan sekeliling dengan rakus dan haloba. Langsung menafikan usaha dan tenaga yg selama ni menjadi asas. Selagi dia tak dapat apa yg dia mahu, yg lain akan jadi mangsa. Sememangnya org tak pernah puas dengan kepuasan itu sendiri. Ada yg nak bawak ke mati dan dgn alasan utk anak2, tapi sejauh manakah hak itu akan kekal??
Aku berserah mohon tunjuk jalan. Maklum saja, ketidaksempurnaan aku dinilai sebegitu rupa. Dilihat baik buruknya hingga ke urat dan darah. Kekurangan dan kelemahan dicaci dan dikeji.
Percayalah, hidup ni luas, cukup utk semua. Kalau dah tak cukup, alamat nak kiamat la tu :))