Tuesday, May 20, 2008

List of Hope

Semalam aku beli dvd movie ni called "The Bucket List". Lakonan 2 outstanding actor. Worth watching cos sarat dengan mesej berat yg nak disampaikan. Sarat tapi masih boleh tertawa dengan lakonan diorang ni. Aku pun terfikir bila dan kenapa aku tak buat gitu.

Initially pasal 2 lelaki yg dah terlebih umur mengidap barah otak n ada few months utk idup (tu cakap doktor la!).
Sorang jutawan korporat, sorang lagi just mekanik kereta. So they wrote satu list tentang apa yg nak dicapai sebelum mati! Both end up jadi kawan baik n hit the road living their last day to the fullest. Eventually diorang penuhi gak apa yg diimpikan dalam list tu! Sorry ya dah bagitau ending citer ;)

Ada high moral value dalam citer ni. About living life sebaik mungkin. Pasal kematian, pengorbanan dan kasih sayang diri dan sekeliling n few more. Of cos, dalam proses kita nak capai semua tu akan ada rintangan, cabaran, dugaan etc. But kalau kita stay focus, work our goal n open our heart, surely akan ada hasil. Soal sikit banyak je. N kalau pun kita belum capai, jangan plak mudah give up or too comfortable kalau dah berjaya.

Kita semua sebenarnya tak jauh beza. Semua inginkan perkara yg sama. Kehidupan yg sempurna, kesihatan yg baik, kerjaya yg disanjung, keluarga yg bahagia, kekasih sejati, kewangan yg kukuh, kedudukan yg dihormati, kejayaan dunia dan akhirat dan akhirnya kematian yg soleh. Mungkin pendekatan dan penghayatan setiap individu dan end result itu berbeza. Kehidupan satu pembelajaran bagi melahirkan insan yg lebih baik. So kena la belajar dari masa ke semasa.

Tak belajar, tak pandai. Kalau tak buat, kita takan tahu, tapi bukan buat tak tahu k :))