Monday, May 5, 2008

Bahasa Kita

Sedang mencari ilham untuk menulis sesuatu dalam bahasa ibunda. Semangat kemelayuan ku ini sedang berkobar-kobar semenjak dua menjak ni ;)

Pada aku, English pun penting terutama perantaraan perniagaan. Tapi aku nak memperkayakan bahasa ibunda yang dah lama tertanam dalam jiwa dan badan ni, maka setiap coretan dan seterusnya akan CUBA, INGAT! CUBA ditulis dalam bahasa melayu :) Bak kata pepatah, Bahasa Jiwa Bangsa kan!!

Dulu kat sekolah, memang minat dua2 bahasa, tapi susah nak score bahasa melayu masa SPM. Lagi pun masa periksa tu, tersalah pilih tajuk. Tapi ujian lisan plak lulus dengan cemerlang. Kalau boleh kuasai lebih dari dua bahasa pun lagi elok.

Apa pun, kalau beli buku, aku tetap dengan pilihan buku penulis luar dan dalam bahasa English. Bukan kata tulisan melayu dan tempatan tak dapat tempat tapi hasil karyanya kurang di pasaran. Permintaan ada, hanya mungkin gaya promosi, tajuk dan kulit buku yg tak menarik punca buku2 ni tak laku. Cuba perhati betul2 buku luar (seperti dlm gambar) berbanding buku tempatan di pasaran. Lain plak soal majalah2 tempatan yang banyak gambar, warna dan isi kurang tapi laku di pasaran. Contoh tak jauh, bilik anak saudara aku, lagi banyak majalah dari buku teks sekolah, boleh???

Buatlah hari buku ke, hari baca ke, tapi kalau dilihat satu sudut, ianya berjaya menyedarkan pembaca. Hanya penulis buku dan penerbit perlu beralih ke sajian bahan dan cetakan yg lebih baik.

Berbalik pada coretan ni, kalau ada yang tersasul tu, faham2 la. Bukan senang bila lidah dah berlipat tapi tetap tak bercabang ok ! Apapun, mohon maaf kalau ada tersilap bahasa atau susunan tu, maklumlah, aku budak baru nak belajar :)