Dalam nak cuba rehatkan kepala ni, aku terfikir sejenak tentang tahun berhenti sedunia! Itu la yg aku rasa sedang berlaku kat sana sini. Dr M pun dah berhenti (lucut keahlian je, perjuangan dia tak berhenti disitu k!)
Anyway, apabila sesuatu itu terhenti, maka kita sekeliling perlu berubah untuk mengadaptasikan diri. Dari satu sudut, perubahan itu satu tanda kemajuan, kira baik la jugak. Trend zaman mak bapak kita pun jauh beza, so dont even samakan dulu dan sekarang. Contohnya tv! Dulu tombol pusing or butang tekan, now dah remote beb! Yg dulu takda, sekarang ni almost semua benda dah ada.
Moral is kita semua kena strive untuk hidup yg lebih baik! Jangan nak idup di takuk lama saje. Berubah mengikut peredaran waktu dan tuntutan semasa. Tapi biarla kena tempat dan tempoh yg difikirkan sesuai. Jangan setiap 5 minit nak cuba ubah dunia plak atau ubah2 fikiran. Tu fickle namanyer!Keselesaan sekarang pun hanya sementara jika kita tak hargai dan abaikan. Dan kemajuan pula akan terhenti kalau kita langsung tak nak ubah. Tuntutan perubahan perlu wujud bagi menyuburkan institusi pemikiran yg telah lapuk dan yg tidak mampu menyamai arus zaman.
Jangan pi mai pi mai tang tu. Salah pi, jadi tak tentu! :))