Isu ketuanan melayu lantang diperkatakan. Orang melayu macam baru tersedar dari tidur yg lena! Kebangkitan dan kemarahan orang melayu semakin hebat bila ada golongan2 parasit yg cuba mencabar ketuanan bangsa. Hanya yg pelik, ada pemimpin2 melayu sendiri yg sekarang kononnya memperjuangkan dasar baru macam ketuanan rakyat, masyarakat madani la or even agenda ekonomi Malaysia! Yeah right!!
Dasar dan kontrak sosial yg dirangka 50 tahun dulu jangan dipandang remeh, akibatnya padah bangsa. Ada la sebab kenapa nenek moyang kita dulu fight till death for it.
Ingat amanat pemimpin terdahulu...
Presiden UMNO Pertama Dato' Onn Jaafar: "... Melayu mahu kekalkan raja-raja sebagai ketua agama. Melayu mahu hak keistimewaan. Melayu mahu ketuanan Melayu."
Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman: "... Orang Melayu sedia memberi dan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu…”
Tak serik ke beratus tahun dahulu melayu diperhambakan di bumi sendiri??!