Monday, May 5, 2008

Mana pergi??

Hari menghampiri 2 bulan selepas tarikh keramat. Gelombang kejutan buat yg terjaga dari lena tidur dan mimpi. Segalanya berubah sekelip mata. Kuasa penentu yg disangka kekal, rupanya tidak. Suara yg disangka diam, rupanya bising. Ahli yg disangka setia, rupanya curang. Puluhan tahun kemajuan yg tidak dihargai. Umpama nampak sampah dalam longkang, tapi longkang yang dibina tak nampak. Umpama merungut panas dan hujan, tapi terlupa udara yg dihirup. Itulah hakikatnya mereka yg kurang bersyukur dan berterima kasih.

Masa depan anak cucu mungkin tergadai dengan kerakusan rakyat dan ketamakan pemimpin. Negeri makmur dan maju terkorban, satu per satu. Bangsa tinggal nama tanpa kuasa. Ramai ternoda dengan tuduhan yg seluas lautan. Tergoda dengan janji yg mengunung. Pangkah ku, akan ku ini! Pangkah ku, akan ku itu! Waktu aku dulu, begini! Waktu aku dulu, begitu! Pangkah dia, azab kamu! Pangkah dia, kafir kamu!Taluan bergema ke serata tanahair.

Apakah kini kota janjinya tertunai? Hebatkah mereka sekarang? Dimanakah kononnya pejuang yg lantang untuk rakyat?? Lautan semakin surut, gunung tinggal bukit. Azab tidak, kafir pun tidak. Gema taluan pun kian sayup di hujung langit. Mana turun harganya? Mana hilang cukainya? Mana pergi sumbangannya? Mana?! Mana?! Ke Sepang kah untuk ladang itu!!?? ;)