Wednesday, May 7, 2008

Rock Keras

Aku bukan nak merungut, tapi bila E90 aku terjatuh, geram je rasa. Jatuh tu satu hal, boleh start buat bunyi plak bila nak open cover! Tension!! Setiap benda tu kan ada harga. Baik murah ke mahal. Kalau hilang ke rosak, surely seakan buat kita marah, geram or kecewa right. Anyway, esok aku ingat nak beli spare phone dan hantar yg ini untuk baiki. Kenangkan seminggu without my E90 pun da rasa macam setahun! Actually bukan nak citer pasal phone, nak citer lain :))

Citer lain2 hal di rumah mak. Parents ajak ke Jakarta lagi, tapi aku dan min menolak. Anak sedara yg baru balik dari previous trip pun merungut. I guess bukan apa, dah tua2 ni, aku personally tak suka org lain tentukan ke mana aku nak pergi, bila or dengan siapa. Itu keputusan dan hak aku la nak kemana. The rest nak ikut tu diorang punya citer. Aku pun tak keberatan langsung tho mak dah few times ajak, so aku just senyum and say NO. Mak pun cool je bila dah tahu jawapan. Dia tak pernah memaksa. Ada jugak dia belikan baju sweater hard rock tuk aku dari Jkt. Cantik tu!!

Abah lain, jenis memaksa tanpa sedar. Dia mengajak macam menyuruh. Dia tentukan tempat tinggal, kapal terbang, makan minum, belanja shopping pun nak dibaginya. I think dia dah overstated his authority ke atas orang lain too many times. Kira macam hard headed la jugak, bukan hard rock k! Aku just tak faham, dia order saja, tapi orang lain buat. Macam aku cakap dalam coretan awal, dia patut rehat locally jer. Katanya, nak bawak cucu2. Betul dan mungkin elok juga dia bercuti bersama keluarga dan cucu2. Tapi kan lebih baik memahami juga kehendak orang2 yg kita sayang dan bukan diri sendiri sahaja!

Kegembiraan satu kepuasan, tapi lebih memuaskan jika mengembirakan yg lain :))