Wednesday, February 22, 2012

Rezeki Ada Rumah

Sewaktu abah hidup, rumah yg terletak di Taman Keramat ini telah diwasiat dan diamanahkan untuk diserah hakmilik pada aku sepenuhnya.

Walaupun ketika itu setengah pegangan masih hak emak, keputusan abah dihormati, bahkan emak juga telah bersetuju.

Rumah pun dah terlalu lama ditinggalkan kosong dan abah meninggal dunia hampir 4 tahun lalu. Kini setelah selesai tukar nama, aku buat keputusan untuk menjualnya.

Rumah hasil harta sepencarian abah dan emak sewaktu mereka bekerja dulu dibeli pada lewat tahun 70an. Asalnya berharga sekitar RM35 ribu saja dan aku nak jual RM425 ribu... banyak kan!

Aku tahu jauh disudut hati emak, dia tentu nak hak dia, apatah lagi hak2 dia selepas abah pergi, telah banyak dirampas anak2 yg tak bertanggungjawab.

Justeru elok juga setengah bahagian hasil jualannya itu nanti aku serahkan pada emak. Pada aku, setengah pun dah cukup.

Menumpang hasil usaha abah dan emak serta aku bersyukur dengan rezki yg Tuhan bagi, Alhamdulillah :)

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya". (HR Muslim)