Selepas atuk tiada, kereta peninggalan yg kecil ini telah banyak berbakti pada nenek dan satu2 cucu yg memandu kereta ini yg bernama Amira.
Sewaktu atuk ada, bayaran kereta telah lama selesai. Namun kini, nenek yg menanggung segala perbelanjaan. Dari cukai jalan ke insuran, selenggara dan baik pulih, hinggalah ke tol dan petrol. Amira pula memikul tanggungjawab memandu dan menjaga kereta ini sebaik mungkin.
Tentunya segala curahan dan pengorbanan nenek bertujuan memelihara kenangan kereta ini, selain memudahkan Amira pergi ke kolej untuk menimba ilmu dan datang menziarahi dia pada hujung minggu.
Malah dengan kereta ini juga Amira pastikan nenek selamat dijemput dan dihantar serta pulang semula ke rumah pakcik dan makcik di Bangi, di mana nenek tinggal.
Alhamdulillah, Amira telah sempurnakan kewajipannya sebagai cucu dengan baik.
Sungguhpun begitu, kereta yg atuk beli dan bayar, kenangan yg nenek pelihara dan tanggung, Amira pandu dan jaga, kini tidak lagi bersama mereka.
Si penama yg atuk telah daftarkan sebagai pemilik kereta, telah menjualnya. Si penama yg selama ini tidak pernah bayar, tanggung atau jaga, akhirnya rakus menjualnya semata2 inginkan duit.
Apakan daya, duit juga menjadi punca. Mengaburi mata si penama yg tidak pernah puas menggadaikan segala yg bukan haknya.
Moga kereta ini akan terus berbakti kepada pemilik baru, walaupun hasil wang dari jualan itu nanti akan habis dalam sekelip mata ;)