Monday, February 13, 2012

Bukan Bapa

Selain ibu, seorang bapa perlu menyayangi anaknya dikala senang mahupun susah. Prihatin dikala sakit mahupun sihat.

Mengetahui akan pelajaran, makan minum, duit belanja, buku dan segala perihal anaknya di sekolah, di kolej, di universiti, baik di dalam mahupun di luar.

Mengetahui seramai mungkin kenalan, teman, sahabat mahupun kekasih anaknya, baik yg dekat mahupun yg jauh, yg rapat mahupun yg renggang.

Mungkin segala proses ini makan hari, adapun yg makan tahun, namun itulah pengorbanan seorang bapa, hinggalah ke suatu saat dimana anak itu dewasa dan selamat bersama pilihan hidup mereka.

Dari diriku yg hanya seorang bapa saudara kepada yg bergelar bapa itu, jadilah bapa yg berguna, yg mampu membimbing dan ikhlas mengasihi anak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Jika tidak sepenuhnya, bolehlah dibuang saja istilah bapa itu ke longkang!

Ada faham?? ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.