Tuesday, February 21, 2012

Menghilang??

Ada yg tanya, sebelum ni aku kemana, hilang tanpa sebarang "posting" di blog. Ditanya aku hilang minatkah atau tiada bahan nak kongsi?

Lama juga, dalam setahun lebih tapi bukan itu sebabnya. Minat tak penah pudar, bahan pun ada. Hanya adakala waktu tak izin.

Kali terakhir aku "posting" ialah sekitar awal bulan Oktober 2010. Sewaktu itu pun aku dah mula sibuk dan tumpuan banyak terarah pada soal komitmen dan tanggungjawab menjaga emak yg tinggal bersama aku.

Usia emak aku pun dah cecah 69 tahun, tapi masih punya daya ingatan yg baik, kadang2 je dia lupa. Setakat berjalan jarak dekat masih ok. Sambil tengok2 tanaman dia kat belakang rumah. Berdiri pun sekadar untuk aktiviti ringan.

Sungguhpun begitu, masih banyak perkara lain yg perlu beri perhatian khusus. Dari soal pembantu, makan minum dia, tempat tinggal, ubat2an dan sakit pening, jaga emosi, perasaan dan kegembiraan dia, dan terpenting amal ibadat dia.

Kesemuanya untuk pastikan keselesaan yg ada untuk emak berada pada tahap baik dan berjalan lancar.

Insya'Allah dari dulu sampai sekarang, niat aku dengan sorang kakak sangat jelas. Dibantu sama sorang cucu dan 2 anak angkat emak, kami berlima sentiasa cuba buat yg terbaik dan berkongsi mana yg termampu.

Dan adakala penat lelah kami berlima pun berbaloi, Alhamdulillah :))

Justeru jawapan kepada ke mana aku hilang??

Ooo tak kemana, selain sibuk cari rezki, hanya jaga emak setiap hari. Moga2 dapat berkat dan harap esok mudahlah jalan ke akhirat ;)