Monday, February 13, 2012

Hutang Tanpa Bunga

Rata2 kita berhutang untuk penuhi kehendak dan keperluan atau dapatkan suatu barangan. Berhutang pada suatu jumlah dengan suatu nilai bunga, dibayar balik pula pada kadar dan waktu yg ditetapkan. Cth mudah seperti pinjaman bank.

Persoalannya, sejauh mana kita sebagai peminjam faham dan hormat pada setiap terma dan syarat yg ditetapkan?

Bank tetapkan bayaran bulanan yg minimum mengikut kemampuan sipeminjam. Walhal yg berhutang dengan aku, hanya bayar bulanan tanpa bunga, cukai atau penalti. Semua tanpa keuntungan, hanya mesti sanggup langsaikan hutang

Tapi bayangkan jika terma dan syarat institusi kewangan yg besar pun tidak dihormati. Inikan pula aku yg beri pinjam sesama saudara atau kawan.

Kini, seperti bank, aku terpaksa berfungsi sebagai "pengingat". Mengingatkan mereka agar bayar balik pinjaman aka hutang.

Setakat hari ini yg berhutang dengan aku tapi tak bayar hanya 2 orang. Sorang 150 ribu, sorang lagi RM4 ribu ++.

Nasihat aku pada mereka berdua, bayarlah dengan rasa malu dan tanggungjawab. Kat dunia mungkin boleh ngelak2, esok lusa dikubur dan akhirat, susah nak jawab kan ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.