Memang sifat aku yg tak suka sesuatu kerja itu ditangguh2. Baik apa sekalipun, jika ia berasas dan penting buat diri dan mereka yg berada disekeliling, aku akan segerakan dan beri segala tumpuan untuk selesaikan.
Mungkin ada yg anggap aku ni mendesak, tetapi sedar atau tidak, desakan juga main peranan dalam hidup kita. Desakan mampu buat kita langkah kehadapan dengan rasa berani dan yakin.
Tidak akan tercapai segala impian dan harapan, kesenangan dan keselesaan dengan hanya petik jari dan goyang kaki kan?
Mana mungkin kita mampu berjalan, kalau tak kenal erti merangkak!
Tapi jangan sampai tahap terdesak, baru nak bercakap soal tolong menolong, bantu membantu, usaha tangga kejayaan atau tak ubah tak tahu.
Umpama dah susah baru nak beringat, dah jatuh baru nak bangun, dah berlubang baru nak tampal atau dah tergadai, baru nak tebus.
Kiamat dah dekat, baru nak kenal Tuhan, baru tahu langit tinggi rendah, dan baru sedar bahawa kesusahan dan kerosakkan yg kita buat pada diri sendiri dan orang lain, akan ada balasannya kelak.
Moralnya, jangan lupa dari mana kita datang, bagaimana kita sampai, macamana kita senang.
Biar didesak, biar mendesak, jangan sampai kita yg terdesak :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.