Wednesday, February 15, 2012

Manis Mulut

Pemanis atau pencuci mulut biasanya dihidang selepas makan selesai. Sifatnya manis dan menyelerakan. Disedia dalam pelbagai rupa dan bentuk, dan sesiapa yg melihat, mampu tergoda. Sekali rasa, pasti nak lagi, tapi tak boleh selalu, sebab manis yg berlebihan kan bawa penyakit.

Begitu jugalah perihal manusia yg suka manis mulut. Mereka ni cukup petah berkata2, bunyi dan baca semuanya indah, tapi ada tujuan yg tersembunyi. Mungkin untuk dapatkan sesuatu, atau semata2 nak tutup keburukan dan kelemahan.

Yg termakan tipu daya pun ramai, ada yg berkali2 sampai tak boleh nak beza yg benar dan mereka saban hari diperbodohkan.

Bagi yg cepat sedar, pasti segera jauhkan diri. Bukan apa, agar tidak diulang kesilapan lalu atau terhasut dengan manisan yg cuba digulakan.

Alhamdulillah, segelintir yg aku kenal sudah lama tersedar. Mula muhasabah dan selalu berhati2.

Bagi yg lambat sedar tu, terus2an melayan bibir manis yg penuh dusta dan nista. Sebahagian besarnya pun aku kenal. Sampai sekarang kelihatan... kekal bodoh ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.