Monday, March 2, 2009

Menghargai Sesuatu Itu

Rata2 hanya tahu melafaz ucapan terima kasih bila menerima sesuatu, baik hadiah atau dorongan, bantuan atau nasihat, mahupun peluang atau pelbagai bentuk ehsan lain. Namun, pernahkah kita benar2 berterima kasih dan memberi maksud "menghargai" itu dengan setimpal.

Sungguhpun sesuatu itu telah ditunaikan dengan sedaya mampu, dan ianya membantu, akhirnya kita sering lupa dan tidak menghargai yg lalu di kemudian hari. Jika dipanjangkan, tentunya sesuatu itu akan merungkai kisah bertahun lama sehingga yg berlaku kini. Dan tentunya akan memeritkan mata dan hati semua.

Bak pepatah; "Orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Namun jangan sekadar reti berbahasa, tapi juga perlu berjasa.

Jika rasa diri dah bagus, jangan langsung merasa! ;)