Tuesday, March 24, 2009

Berhenti Kerja GLC

Sekadar berkongsi, kisah seorang teman lama yg berpangkat tinggi, bekerja lebih 10 tahun dan gaji ribuan ringgit di sebuah syarikat gergasi berkaitan kerajaan (GLC) tetapi ingin berhenti.

Faktor terlalu lama di tempat sama dan kesibukkan hingga tiada waktu untuk keluarga dan yg tersayang, merupakan antara punca. Justeru dia perlu menukar angin dan ke padang yg lebih hijau dan luas.

Keputusan itu kelak membolehkan dia mencipta ruang dan perspektif yg baru. Memberi satu bentuk keputusan dan kepuasan yg berbeza. Satu anjakan paradigma yg menandakan kemajuan dalam diri. Sekurang2nya nanti, teman ini tidaklah bekerja macam kuli sampai mati tapi caci majikan sendiri.

Macam setengah teman lama lain, pun kerja GLC, tapi kerajaan dicaci, bagai tak sedar diri, makan rezki yg diberi, tak nak plak berhenti!

Ooppppsss.... pesanan ini tidak ditaja, harap maklum! ;)