Deretan kedai yg terletak di Jalan Dang Wangi ini telah wujud berpuluh tahun lamanya. Dan mungkin seusia bangunan, disitulah satu ketika dulu, Pak Ali menjual nasi lemaknya. Walaupun kini dikenali sebagai nasi lemak Dang Wangi, resipi turun temurun ini seakal kekal dan tidak ditelan zaman. Keenakan nasi lemak dengan pelbagai lauk seperti paru berempah, bergedel, telur goreng, rendang ayam dan kerang, sambal sotong dan macam2 lagi pastinya mengundang selera si pengunjung.
Bukan nak promo sakan, atau punya saham dalam bisnes keluarga Pak Ali, hanya bila melangkah masuk, teringat waktu kecil bila sering ikut abah ke sana. Tempat abah "melepak" dan bertemu rakan2. Ah Boon, pemilik asal pun masih hidup, tapi dia sewakan kat waris Pak Ali untuk terus niaga. Apapun, cuba2lah! Nasi lemaknya gerenti sedap!
Tapi jangan cuba cari Pak Ali plak! Faham2lah ;)