Monday, May 3, 2010

Sederhana & Berkat

Bersama Ibu dan akak, Ahad lepas sempat ziarah pakcik di Bukit Sentosa. Hanya lebih kurang 40 minit saja jika jalanraya lancar dan niat pun baik :))

Pakcik yg sudah berumur 62 tahun sebenarnya disahkan sakit barah usus dan sebab itu juga, kini diperutnya dipasang seakan alat menampung keluar najis. Agak sebak bila melihat, namun dia nampak cekal dan redha dengan ketentuan ini.

Mujurlah dia pun sekarang dijaga anak perempuan a.k.a sepupu. Sepupu pula jelas memainkan peranan sebagai anak yg sulung, walaupun seorang wanita, punya suami bekerja dan dua anak yg kecil dan bersekolah.

Tidak pula sepupu jadikan itu alasan untuk tidak jaga orang tuanya. Malah, bukan pula menjaga kerana harta sebab pakcik bukan orang berada atau berkemampuan.

Kesederhanaan hidup dan kesanggupan diri yg ditunjukkan mereka sekeluarga cukup menyejukkan jiwa dan rohani.

Moga pakcik diberi ketabahan menghadapi ujian kesakitan ini, dan moga anak serta menantu yg menjaganya diberi kekuatan dan keberkatan dari NYA, Insya'Allah.

Elok ziarah orang sakit ni, banding tengok orang cari penyakit, atau cari alasan diri yg sakit...ooppss ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.