Tuesday, May 4, 2010

Malang Tidak Berbau 2

Agak mengecewakan dengan tindakan segelintir pihak yg cuba menaguk di air keruh terhadap kes kematian remaja 15 tahun baru2 ini.

Saranan semua pihak bersikap rasional dan adil agar pihak Polis dapat menjalankan siasatan telus dan terperinci jelas tidak diendahkan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, malah, satu sidang akhbar ala pembangkang menceritakan detik2 kejadian juga telah diadakan.

Apakah motif sebenar sidang akhbar tersebut? Siapa dan apakah yang mendorong mereka untuk mendahului segalanya? Kemanakah niat awal agar kematian itu tidak disensasi dan dipolitikkan? Apakah perlantikan seorang peguam yg juga ahli politik mampu mengelak dari sensasi atau bebas dari politik? Persoalan yg pasti terjawab bila tiba waktunya kelak.

Tiada ibu atau keluarga yg mahu kehilangan ahlinya dalam tragis dan menyedihkan. Namun, itu semua satu ketentuan dan ujian dari ALLAH jua. Moga keadilan yg dituntut keluarga simati, atau mungkin juga ketenangan yg dicari akan tercapai.

Salam takziah dan Al-Fatihah...