Thursday, May 20, 2010

Keberkesanan, Kemanusiaan

Kesepakatan yg dicapai jelas menampakkan keseriusan kedua buah kerajaan menangani isu yg kian lama tertunggak.

Pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran memegang paspot sendiri, diharap dapat mengubah sikap dan budaya kerja ke arah yg lebih baik dan sihat. Masa sama memelihara kepentingan kedua pihak iaitu majikan dan pembantu.

Apatah lagi dengan peningkatan kes2 penderaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia yg bekerja di Malaysia, tidak hairanlah wujudnya desakan untuk memastikan kebajikan mereka2 ini terbela.

Peringatan untuk majikan pula agar lebih bersifat kemanusiaan dalam menyediakan ruang dan peluang kerja serta mampu memberi tunjuk ajar kepada pembantu untuk menyesuaikan diri dengan lebih yakin dan berkesan.

Dan terutama buat majikan yg mendera baik dari segi mental atau fizikal, ingat dua perkara ini betul2...

1. Keberkesanan, bukan lebam dan tinggal kesan!
2. Kemanusiaan, bukan bersifat kebinatangan!

;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.