Beberapa hari di hospital bukanlah satu pengalaman yg menyeronokkan, apatah lagi bila perlu menjalani beberapa ujian, termasuk di bahagian otak, dada, jantung, darah, mata atau pendek kata hampir seluruh tubuh badan.
Namun itu semua pasti jauh lebih baik berbanding sakit yg terpaksa ditanggung jika tidak diberi perhatian serius dari sekarang.
Hanya dengan ujian2 sebegini, satu bentuk penilaian dan keputusan yg konklusif dapat diketahui serta penyakit atau ubat yg kini diprekriksikan. Tidaklah nanti sekadar menyapu TigerBalm dan makan ActiFast yg bersifat sementara kesannya.
Dan Alhamdulillah, berbekalkan perlindungan insuran perubatan, kos2 yg ditanggung pula tidak membebankan.
Kepada yg sudi melawat; Emak, Kak Shereen dan Aqmar, Kak Shidah dan suami, Acu Kontek, Pakcik Mail dan Fatin, Rusli, Nizam dan Suhaibi...Terima kasih kerna mengingati.
Kepada yg menghantar, menjaga dan menemani, Rahman, Yasmin dan Suryani... Aku berterima kasih dan amat hargai. Moga Tuhan memberkati usaha kalian bersama, Insya'allah :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 19, 2010
Tak Sakit, Tak Tahu
Labels:
Diri