Wednesday, February 24, 2010

Jalan Lurus & Bengkok

Untuk sekian kalinya hal ini sudah dijangka, tentang tafsiran songsang segelintir, termasuklah pandangan luar yg tidak berkepentingan, bahawa segalanya berpunca dengan apa yg ditinggalkan semata2.

Namun, sedarlah wahai mereka yg sangsi, hakikatnya nilai agihan yg tertangguh dan dipertikaikan hanyalah jumlah kecil berbanding hukum dan syarak yg bakal diterima, justeru terbukti, bukan ringgit yg dikejar atau harta yg direbut.

Mendokong sesuatu yg tidak beretika jelas bukan jalan terbaik. Jangan biarkan diri terus dieksploitasi dengan pembohongan yg boleh mengundang padah dan perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.

Jika pun usaha yg muda tidak disenangi atau dibenci, sekurang2nya ia tidak menafikan kebenaran atau membiarkan kesilapan, dan bukan sekadar peringatan, tetapi disertakan dengan tindakan yg sedikit sebanyak menyedarkan semua pihak.

Jalan singkat dan lurus tidak semestinya selamat. Jalan panjang dan bengkok tidak semestinya berliku ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.