Sunday, February 14, 2010

Seteguh Gunung!

Pegangan dan keputusan aku tidak pernah berganjak dari hari pertama lagi. Tidak terpengaruh atau tercuit walau apa atau kerana siapa sekali pun. Bak pepatah, walau ribut yg datang melanda, gunung yg kukuh akan kekal berdiri teguh.

Tujuannya mudah, kesilapan itu tidak harus dibiarkan terus berlaku, tanpa ditegur atau cuba diperbetulkan. Jika dibiarkan, alamatnya umpama membiarkan anjing yg akan terus menghidu bangkai di belakang rumah.

Dan selagi kebenaran itu tidak tercapai, sehingga amanah tidak terlaksana dan hutang tidak terlunas, tiada yg akan aman dan tenang, baik yg hidup, mahupun yg mati.

Dan jangan pula sekadar beretorik kosong, berdegar2 kononnya tahu langit tinggi dan rendah, tapi sekadar mampu meninggalkan nota kaki di kepingan kertas yg kosong.

Kosong + kosong = kosong ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.