Apakah dengan memiliki sejuta boleh memuaskan hati kita?? Cukupkah atau inginkan sejuta lagi untuk ke dua atau tiga juta??
Begitulah jika kita mudah lupa hakikatnya tentang wang. Lazimnya kita bertukar sifat bila wang menguasai diri dan segalanya. Wang untuk anak2, rumah besar, kereta mewah, bercuti luar negara, simpanan berguni-guni dsb. Hingga terlupa bahawa setiap yg wujud didunia ini ada hadnya. Termasuklah wang itu sendiri. Wang mungkin memberi kepuasan dunia tapi tidak di akhirat. Tiada langsung ganjaran walau dibawa ke liang lahat.
Bersyukurlah dengan apa yg dianugerahkanNYA. Bersyukurlah setiap pagi bila dikejutkan dengan kehidupan dariNYA. Bersyukurlah bila kita mampu berjalan, berkata, melihat, mendengar dan merasa nikmat-nikmatNYA. Bersyukurlah selagi diberi nyawa dan badan untuk terus beramal dan beribadah kepadaNYA.
Yakinlah, sejuta itu tidak akan sama dengan kebahgian akhirat yg abadi yg dijanjikanNYA. Ia tidak ternilai :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.