Sedikit keterangan yg dipetik dari sumber rasmi tentang H1N1;
Selesema BABI yg juga dikenali sebagai A(H1N1) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi BABI.
Pada BABI, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan BABI dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV).
Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada BABI. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan BABI terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia.
Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak H1N1 selesema BABI 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Kesimpulannya, ini semua babi punya pasal!! Memang patutlah kasi tutup semua ladang2 babi di Malaysia! Babi punya babi!! :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.