Thursday, August 27, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, yg meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan jantung semasa penerbangan pulangnya dari China ke Kuala Lumpur.

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan hilang penglihatan sewaktu berumur 13 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Senator pada bulan Disember 2007 dan merupakan Senator OKU yg pertama di Malaysia. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh. Amin.