Tuesday, September 28, 2010

Bodoo Agaknya Bab 2

Hakikatnya abg pecah amanah, menyebar fitnah dan berbohong, dan malangnya dia didampingi kakak2 yg jahil dan sombong.

Keghairahan kakak yg cuba menafikan segala apa yg telah berlaku bagaikan menjerat diri. Usaha mereka untuk mengaburi mata semua pihak dilihat seakan terdesak dan memalukan.

Saudara-mara terdekat telah pun mendengar penjelasan sebenar, bukan sahaja dari aku dan Yasmin, malah dari mulut emak sendiri tentang fitnah dan bohong abg serta kakak yg tidak mampu menegakkan kebenaran.

Emak sendiri akui hatinya telah terguris dengan sikap abg dan kakak yg egoistik dan yg perlu disembah. Dan mereka seakan tidak tahu malu dengan tindakan seumpama itu terhadap emak.

Emak akui yg fitnah abg tentang pembinaan pusara abah adalah bohong. Dan fitnah abg tentang meroboh dan menjual rumah di Kg Melayu itu juga bohong.

Yg terpenting, emak akui bahawa satu hari nanti mereka semua akan mendapat pembalasannya.

Sesungguhnya yg benar sukar ditelan, tapi itulah ubat pahit yg paling mujarab.

Fitnah tidak boleh dibiarkan berleluasa, pembohongan harus dihentikan, kebenaran wajib diperjuangkan dengan apa jua cara.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" ...Riwayat Bukhari dan Muslim

Dan firman ALLAH yg bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan"...Al-Baqarah ayat 191

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.