Monday, March 1, 2010

Kesanggupan IBU??

Kisah tragis adik Syafiah Humairah kian diperkatakan ramai. Adik yg hanya berumur 3 tahun itu telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk, dipercayai didera teman lelaki ibunya dan setelah dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu. Teman lelaki atau suspek yg berumur 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala bapa sebenar Syafiah pula dikhabarkan berada di dalam penjara dan masih suami kepada ibunya.

Tentulah ramai mengeji akan tindakan tidak berperikemanusian ini, namun jangan pula kita terlepas pandang tentang bagaimana perkara sebegini boleh terjadi. Sesuatu yg berlaku itu tentu ada punca dan rentetannya.

Sungguhpun ada jiran tetangga yg prihatin tapi terkilan tidak bertindak atau seorang ibu kandung yg mengakui kesilapan dan inginkan bantuan, namun semuanya agak terlewat kerna telah kehilangan nyawa yg tidak berdosa.

Mungkin tanggapan bahawa seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak ada benarnya. Hinggakan ada yg sanggup mengandung, membesar, menyayangi, menegur dan mendidik, tak kurang juga yg mengandung, mendera, membuang, membakar dan yg mengabaikan hinggakan anak itu "terbunuh" dengan sendirinya!

Fikir puncanya dan renung kesannya :\