Mewujudkan keyakinan pelanggan terhadap sesuatu jenama bukanlah satu proses yg singkat dan mudah.
Dengan perkhidmatan yg turut dipelopori ramai usahawan yg telah dan sedang berjaya, perancangan yg kreatif dan inovatif perlu diambil sebelum ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Berbekalkan dengan semangat itu dan kesungguhan serta kerjasama semua pihak, sesuatu yg baru dan segar telah pun bermula.
Boo'eh merupakan satu kelahiran jenama terkini dalam pasaran perkhidmatan pusat dobi di Lembah Klang, khususnya di sekitar bandar Ampang.
Dengan pelancaran dua cawangan iaitu pada bulan Mac dan Mei 2010, Boo'eh yakin dan mampu untuk berdaya saing dan menjadi antara yg terbaik di pentas perniagaan yg lebih terbuka dan mencabar.
Selaras dengan motonya, Boo'eh juga telah meletakkan satu keazaman yg tinggi dalam memastikan perkhidmatannya menepati citarasa serta kehendak semua peringkat pelanggan di pasaran.
Sokongan dan dorongan semua pelanggan lama dan baru amat dihargai dan senantiasa dialukan.
BOO'EH, BERSIH! NILAI! KUALITI!
Layari http://booeh.blogspot.com/
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, March 7, 2010
BOO'EH
Labels:
Semasa