Thursday, June 18, 2009

Melayari Putrajaya

Melayari Putrajaya bukan dirancang. Hanya kebetulan atas urusan famili yg bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, peluang menaiki bot yg mungkin digunakan, dimanafaatkan sepenuhnya.

Fakta jelas yg tidak pernah diketahui diri. Bahawa Tasik Putrajaya merupakan tasik buatan manusia yg berkeluasan lebih kurang 650 hektar. 2 tahun untuk dikorek, 2 tahun untuk diisikan airnya dan dari punca 2 sungai.

Memiliki satu pemandangan yg jarang2 dapat dilihat dari ibukota. Menyusuri tasik yg dikelilingi struktur yg unik dan tersendiri. Seolah2 melalui sebuah muzium yg besar.