Petikan pekeliling emel ini akan pasti dapat menghilangkan keraguan pelbagai pihak berhubung Restoran Kentucky Fried Chicken atau KFC.
"KFC Holdings (M) Bhd adalah milik penuh syarikat Kulim (M) Bhd yg juga merupakan anak syarikat Johor Corporation. Iaitu dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Malaysia. Tiada keuntungan disalurkan kepada mana2 pihak di Amerika, kecuali yuran pengunaan jenama sahaja. Malah Johor Corporation sedang berusaha untuk membeli kepentingan KFC di Amerika.""Antara jenama lain di bawah KFC Holdings (M) Bhd adalah Restoran Pizza Hut, Restoran RasaMas, Kedai Ayamas, Ayamas Food Corporation S/B, Region Food Industries (Pengeluar sos jenama Life) dan Bakery (Pengeluar roti garlic dan & roti2 yg dijual di KFC)."
Sungguhpun usaha memboikot produk atau jenama Amerika sedang dipergiat, diharap fakta di atas dapat membantu kita dalam menilai sesuatu produk sebelum keputusan memboikot dilakukan.