Semua lelaki ada, tak kira yg tulen, jadian, lembut mahupun terkeliru. Fungsinya jelas, membezakan lelaki dan perempuan. Simbolnya utuh, itulah tanda kejantanan!
Hanya aku pelik dgn jantan sorang yg aku kenal berpuluh tahun. Gayanya macam tak takut, takutnya pula macam tak kena gaya.
Sebagai lelaki kita tak perlu takut untuk bertanggungjawab, tak perlu takut terima kegagalan, perbetul kesilapan, meminta maaf mahupun akui kebenaran.
Yg kita perlu takut adalah dosa dan hari pembalasan atas kesilapan itu kelak. Semua orang buat silap, tapi selagi ALLAH bagi peluang untuk hidup, cubalah perbaiki diri, bukan larikan diri.
Tuhan tak bantu kita kalau kita tak bantu diri sendiri, betul tak?!
Beginilah bro, kalau lu baca nasihat gua ni, sukar mana sekalipun hidup, berdepanlah dengan segala rintangan dan cabaran. Adakala kita diuji untuk kebaikan, tapi selalunya untuk menyedarkan.
Jadi agak2lah kalau nak takut tu bro, nanti panggil bacul, lu marah gua pulak kan!
P/S: Ini pesanan versi cakap terang, takda selindung2 ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 24, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Rezeki Ada Rumah
Sewaktu abah hidup, rumah yg terletak di Taman Keramat ini telah diwasiat dan diamanahkan untuk diserah hakmilik pada aku sepenuhnya.
Walaupun ketika itu setengah pegangan masih hak emak, keputusan abah dihormati, bahkan emak juga telah bersetuju.
Rumah pun dah terlalu lama ditinggalkan kosong dan abah meninggal dunia hampir 4 tahun lalu. Kini setelah selesai tukar nama, aku buat keputusan untuk menjualnya.
Rumah hasil harta sepencarian abah dan emak sewaktu mereka bekerja dulu dibeli pada lewat tahun 70an. Asalnya berharga sekitar RM35 ribu saja dan aku nak jual RM425 ribu... banyak kan!
Aku tahu jauh disudut hati emak, dia tentu nak hak dia, apatah lagi hak2 dia selepas abah pergi, telah banyak dirampas anak2 yg tak bertanggungjawab.
Justeru elok juga setengah bahagian hasil jualannya itu nanti aku serahkan pada emak. Pada aku, setengah pun dah cukup.
Menumpang hasil usaha abah dan emak serta aku bersyukur dengan rezki yg Tuhan bagi, Alhamdulillah :)
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya". (HR Muslim)

Patin VS Koi?
Dalam tempoh 6 bulan lebih, ukuran ikan patin yg dibela ini meningkat 2 kali ganda dari saiz asalnya. Makin lama makin besar, lebih besar dari ikan2 koi yg berada sama didalam kolam.
Sewaktu kakak aku ambil foto di atas, ikan patin ini dipercayai telah menelan beberapa, ikan koi bersaiz kecil dan sederhana yg muat ditelan dalam mulutnya yg lebar tu! Mungkin dah lebih 10 ekor!
Dan pernah sekali kelihatan baki setengah badan ikan koi yg masih berada dimulut si patin. Baru setengah patin tu da kenyang gamak nyer.
Yg pasti, besar ikan patin ni cukup luarbiasa hingga emak aku teruja nak masak gulai lemak patin.
Pelik tapi benar! Ya, cukup benar! Ikang makang ikang derrrr!! ;P
Tuesday, February 21, 2012
Menghilang??
Ada yg tanya, sebelum ni aku kemana, hilang tanpa sebarang "posting" di blog. Ditanya aku hilang minatkah atau tiada bahan nak kongsi?
Lama juga, dalam setahun lebih tapi bukan itu sebabnya. Minat tak penah pudar, bahan pun ada. Hanya adakala waktu tak izin.
Kali terakhir aku "posting" ialah sekitar awal bulan Oktober 2010. Sewaktu itu pun aku dah mula sibuk dan tumpuan banyak terarah pada soal komitmen dan tanggungjawab menjaga emak yg tinggal bersama aku.
Usia emak aku pun dah cecah 69 tahun, tapi masih punya daya ingatan yg baik, kadang2 je dia lupa. Setakat berjalan jarak dekat masih ok. Sambil tengok2 tanaman dia kat belakang rumah. Berdiri pun sekadar untuk aktiviti ringan.
Sungguhpun begitu, masih banyak perkara lain yg perlu beri perhatian khusus. Dari soal pembantu, makan minum dia, tempat tinggal, ubat2an dan sakit pening, jaga emosi, perasaan dan kegembiraan dia, dan terpenting amal ibadat dia.
Kesemuanya untuk pastikan keselesaan yg ada untuk emak berada pada tahap baik dan berjalan lancar.
Insya'Allah dari dulu sampai sekarang, niat aku dengan sorang kakak sangat jelas. Dibantu sama sorang cucu dan 2 anak angkat emak, kami berlima sentiasa cuba buat yg terbaik dan berkongsi mana yg termampu.
Dan adakala penat lelah kami berlima pun berbaloi, Alhamdulillah :))
Justeru jawapan kepada ke mana aku hilang??
Ooo tak kemana, selain sibuk cari rezki, hanya jaga emak setiap hari. Moga2 dapat berkat dan harap esok mudahlah jalan ke akhirat ;)

Saturday, February 18, 2012
Kereta Nenek & Cucu
Selepas atuk tiada, kereta peninggalan yg kecil ini telah banyak berbakti pada nenek dan satu2 cucu yg memandu kereta ini yg bernama Amira.
Sewaktu atuk ada, bayaran kereta telah lama selesai. Namun kini, nenek yg menanggung segala perbelanjaan. Dari cukai jalan ke insuran, selenggara dan baik pulih, hinggalah ke tol dan petrol. Amira pula memikul tanggungjawab memandu dan menjaga kereta ini sebaik mungkin.
Tentunya segala curahan dan pengorbanan nenek bertujuan memelihara kenangan kereta ini, selain memudahkan Amira pergi ke kolej untuk menimba ilmu dan datang menziarahi dia pada hujung minggu.
Malah dengan kereta ini juga Amira pastikan nenek selamat dijemput dan dihantar serta pulang semula ke rumah pakcik dan makcik di Bangi, di mana nenek tinggal.
Alhamdulillah, Amira telah sempurnakan kewajipannya sebagai cucu dengan baik.
Sungguhpun begitu, kereta yg atuk beli dan bayar, kenangan yg nenek pelihara dan tanggung, Amira pandu dan jaga, kini tidak lagi bersama mereka.
Si penama yg atuk telah daftarkan sebagai pemilik kereta, telah menjualnya. Si penama yg selama ini tidak pernah bayar, tanggung atau jaga, akhirnya rakus menjualnya semata2 inginkan duit.
Apakan daya, duit juga menjadi punca. Mengaburi mata si penama yg tidak pernah puas menggadaikan segala yg bukan haknya.
Moga kereta ini akan terus berbakti kepada pemilik baru, walaupun hasil wang dari jualan itu nanti akan habis dalam sekelip mata ;)

Tenang & Nyaman
Adakala, bukan di pusat beli-belah atau di kedai kopi, di pusat karaoke atau panggung wayang, apatah lagi di pub atau disko, cukup sekadar di luar dan di sebalik dinding rumah.
Sambil melihat ikan berenang2, bersama bunyi deruan air yg mengalir dan kehijauan pokok serta daun yg mekar, memberi satu ketenangan yg cukup nyaman buat diri aku :)
Mendesak, Terdesak
Memang sifat aku yg tak suka sesuatu kerja itu ditangguh2. Baik apa sekalipun, jika ia berasas dan penting buat diri dan mereka yg berada disekeliling, aku akan segerakan dan beri segala tumpuan untuk selesaikan.
Mungkin ada yg anggap aku ni mendesak, tetapi sedar atau tidak, desakan juga main peranan dalam hidup kita. Desakan mampu buat kita langkah kehadapan dengan rasa berani dan yakin.
Tidak akan tercapai segala impian dan harapan, kesenangan dan keselesaan dengan hanya petik jari dan goyang kaki kan?
Mana mungkin kita mampu berjalan, kalau tak kenal erti merangkak!
Tapi jangan sampai tahap terdesak, baru nak bercakap soal tolong menolong, bantu membantu, usaha tangga kejayaan atau tak ubah tak tahu.
Umpama dah susah baru nak beringat, dah jatuh baru nak bangun, dah berlubang baru nak tampal atau dah tergadai, baru nak tebus.
Kiamat dah dekat, baru nak kenal Tuhan, baru tahu langit tinggi rendah, dan baru sedar bahawa kesusahan dan kerosakkan yg kita buat pada diri sendiri dan orang lain, akan ada balasannya kelak.
Moralnya, jangan lupa dari mana kita datang, bagaimana kita sampai, macamana kita senang.
Biar didesak, biar mendesak, jangan sampai kita yg terdesak :)

Wednesday, February 15, 2012
Manis Mulut
Pemanis atau pencuci mulut biasanya dihidang selepas makan selesai. Sifatnya manis dan menyelerakan. Disedia dalam pelbagai rupa dan bentuk, dan sesiapa yg melihat, mampu tergoda. Sekali rasa, pasti nak lagi, tapi tak boleh selalu, sebab manis yg berlebihan kan bawa penyakit.
Begitu jugalah perihal manusia yg suka manis mulut. Mereka ni cukup petah berkata2, bunyi dan baca semuanya indah, tapi ada tujuan yg tersembunyi. Mungkin untuk dapatkan sesuatu, atau semata2 nak tutup keburukan dan kelemahan.
Yg termakan tipu daya pun ramai, ada yg berkali2 sampai tak boleh nak beza yg benar dan mereka saban hari diperbodohkan.
Bagi yg cepat sedar, pasti segera jauhkan diri. Bukan apa, agar tidak diulang kesilapan lalu atau terhasut dengan manisan yg cuba digulakan.
Alhamdulillah, segelintir yg aku kenal sudah lama tersedar. Mula muhasabah dan selalu berhati2.
Bagi yg lambat sedar tu, terus2an melayan bibir manis yg penuh dusta dan nista. Sebahagian besarnya pun aku kenal. Sampai sekarang kelihatan... kekal bodoh ;)

Monday, February 13, 2012
Bukan Bapa
Selain ibu, seorang bapa perlu menyayangi anaknya dikala senang mahupun susah. Prihatin dikala sakit mahupun sihat.
Mengetahui akan pelajaran, makan minum, duit belanja, buku dan segala perihal anaknya di sekolah, di kolej, di universiti, baik di dalam mahupun di luar.
Mengetahui seramai mungkin kenalan, teman, sahabat mahupun kekasih anaknya, baik yg dekat mahupun yg jauh, yg rapat mahupun yg renggang.
Mungkin segala proses ini makan hari, adapun yg makan tahun, namun itulah pengorbanan seorang bapa, hinggalah ke suatu saat dimana anak itu dewasa dan selamat bersama pilihan hidup mereka.
Dari diriku yg hanya seorang bapa saudara kepada yg bergelar bapa itu, jadilah bapa yg berguna, yg mampu membimbing dan ikhlas mengasihi anak dengan sepenuh jiwa dan raga.
Jika tidak sepenuhnya, bolehlah dibuang saja istilah bapa itu ke longkang!
Ada faham?? ;)

Hutang Tanpa Bunga
Rata2 kita berhutang untuk penuhi kehendak dan keperluan atau dapatkan suatu barangan. Berhutang pada suatu jumlah dengan suatu nilai bunga, dibayar balik pula pada kadar dan waktu yg ditetapkan. Cth mudah seperti pinjaman bank.
Persoalannya, sejauh mana kita sebagai peminjam faham dan hormat pada setiap terma dan syarat yg ditetapkan?
Bank tetapkan bayaran bulanan yg minimum mengikut kemampuan sipeminjam. Walhal yg berhutang dengan aku, hanya bayar bulanan tanpa bunga, cukai atau penalti. Semua tanpa keuntungan, hanya mesti sanggup langsaikan hutang
Tapi bayangkan jika terma dan syarat institusi kewangan yg besar pun tidak dihormati. Inikan pula aku yg beri pinjam sesama saudara atau kawan.
Kini, seperti bank, aku terpaksa berfungsi sebagai "pengingat". Mengingatkan mereka agar bayar balik pinjaman aka hutang.
Setakat hari ini yg berhutang dengan aku tapi tak bayar hanya 2 orang. Sorang 150 ribu, sorang lagi RM4 ribu ++.
Nasihat aku pada mereka berdua, bayarlah dengan rasa malu dan tanggungjawab. Kat dunia mungkin boleh ngelak2, esok lusa dikubur dan akhirat, susah nak jawab kan ;)

Sunday, February 12, 2012
Kembali Berkongsi
Umpama hibernasi dan dormansi, sungguh lama aku menyepi. Namun, kini aku kembali membawa khabar untuk berkongsi. Tiada hipokrasi, tiada ilusi, hanya diri dan realiti :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)