Tuesday, August 24, 2010

Rombongan Cik Kiah

Mungkinkah ada benarnya?? Kononnya terputus tunang siduda beranak tiga. Atau sekadar omongan saja, bagi mengaburi mereka yg tak punya hati dan mata.

Maklum saja sewaktu itu, ramai cik Kiah memberi restu, lantas berpusu menempah baju biru. Tetapi kini diam membisu atau mungkin tersipu malu?

Atau rombongan sebenar dah kedu, sebab hantaran berpuluh ribu tak tahu. Belanja hotel dan tol pulak kena pakai wang saku, langsung hati geram dan berbuku.

Walaupun siduda suka menipu, elok juga jika kekal bersatu. Sebab duit dah habis kesitu, harap2 cukup tuk anak cucu.

Cik Kiah pun bolehlah tempah lagi baju. Untunglah tukang jahit si Fathi ayuuu!! Ooopppppsssss gituuuu hehehe....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 23, 2010

Qanaah, Bukan Pokok Dahh

Kan elok jika manusia punyai sifat Qanaah, yakni merasa cukup dengan apa yang ada dan yg telah dikurniakan Allah SWT.

Tidaklah manusia itu kesibukkan membandingkan harta dunia yg dimiliki, sedangkan tiada keberkatan yg diperolehi, apatah lagi jika ia sekadar soal batang pokok kecil atau besar ;))

"Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai"... Muhammad bin Tirmizi

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat Qana'ah" (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya" (HR Muslim)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 21, 2010

Demi Emak?

Terbukti ungkapan yg acap kali dilafazkan itu sekadar mainan bibir dan sebenarnya tidak punya maksud yg mampu mereka tunaikan.

Hinggakan memaksa si ibu tua yg lanjut usia dan tidak berdaya untuk pergi "mengadap".

Akan datang tu agak2lah kalau nak cakap atau tulis di kaki nota kononnya demi emak. Sebab ia seakan lakonan dan pura2 belaka.

Jangan marah ahhh! Kenyataan diatas adalah hak terpelihara yg dijamin benerrrrr ;)))

Ulasan foto: Semoga emak selamat pergi dan pulang serta tabah mengharungi keegoan segelintir anak yg tiada kesudahan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 19, 2010

Pesanan & Teguran

Bab pepatah... mata pena lebih tajam dari mata pedang. Justeru segala pesanan dan teguran yg tertulis itu punya maksud tersurat dan tersiratnya yg tersendiri.

Tidak semua akan rasa senang bila membaca, sungguhpun pesanan dan teguran itu jelas dan nyata. Malah ada yg melatah, cuba menafi dan akhirnya perbodohkan diri.

Seakan terkenja bagai cacing kerawit dan berbunyi sumbang bagai anjing tersepit.

Namun golongan yg menyedari, akan segera memperakui kesilapan dan sedia perbaiki keadaan. Merenungi dan menghayati serta menghargai dengan lapang dada dan hati terbuka.

Pendek kata, biarlah kita mendepani setiap kritikan samada yg baik atau yg buruk, dengan bersikap rasional, realistik dan matang, dan bukan menyalak seperti binatang.

Sebab hanya manusia memahami apa yg diperkatakan seorang manusia yg lain. Walhal anjing takan faham apa yg khinzir cakap kan?? ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 18, 2010

Jubah Putih, Hati Hitam?

Di bulan Ramadhan ini, teringat akan gaya seorang insan yg berjubah putih, seakan ingin menampakkan diri lebih mulia berbanding yg lain.

Namun kemuliaan yg diimpikan mungkin hanya angan2 dia belaka. Sedangkan ramai diluar sudah mula berkata sebaliknya. Ramai yg mencurigai dan mendakwa tertipu serta teraniaya. Tidak kurang yg ingin menuntut hak dan mengheret dia ke muka pengadilan.

Betapa dia dengan sedar telah menganiaya ramai pihak, terutama golongan bawahan dan memerlukan. Kini yg baik jadi benci dan yg kawan jadi lawan.

Jelas jubah putih itu tidak mengambarkan kesucian dan kebersihan diri, apatah lagi jika pemakai sebenarnya berhati hitam.

Oooo, ku pikirkan kulitnya saja yg hitam, ropanya ade yg lebih hitam! :)))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 8, 2010

Tamu Istimewa

Kehadiran mereka di Bangi lewat petang semalam sememangnya memberi makna tersendiri.

Rasa tersentuh bila hasrat itu disampaikan sendiri oleh Achik melalui panggilan beberapa hari sebelum.

Bersyukur dan terima kasih buat tamu istimewa yg hadir yg turut ditemani askar2 kecil yg comel.

Semoga ikatan tali persaudaraan yg ada akal kekal erat dan utuh :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 5, 2010

Hadiah Terulung

Pastinya pada usia mencecah 67 tahun, emak punya harapannya tersendiri.

Untuk tidak menghabiskan sisa kehidupan dengan hanya meratapi beban mereka yg rumit dan yg suka mencari masalah.

Untuk berehat dari segala tanggungjawab yg sepatutnya telah lama berakhir. Memelihara rohani dan jasmaninya agar hidupnya lebih aman dan tenteram.

Untuk menikmati keselesaan dan keselamatan tanpa rasa terabai dan tersisih. Menyusuri hari tua bersama mereka yg menyatakan kesediaan dan kesanggupan. Yg mampu menyediakan tempat untuk dia berteduh dan berkongsi kesenangan.

Sesuatu yg telah lama dia impikan telah tiba waktu, dan tiada yg lebih baik selain hadiah yg terulung ini buat emak ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 2, 2010

Ingat, Tapi Lupa

Tersebutlah kisah keghairahan mereka yg mengingati pemergian sibapa, namun gagal merenungi sifat diri yg kelihatan buruk sekali.

Dimana ada yg gemar berhutang dan suka berbohong, pecah amanah dan sanggup menabur fitnah. Anak seakan terabai dan dia seakan sasau.

Dan ada yg bersifat pendera, terlupa asal usul dan tidak tahu berterima kasih. Lembab akal dan sempit jiwa. Konon sering bermuhasabah tapi tidak mampu mengubah diri.

Dan ada yg berhasad dengki, hidup kepuraan, takabur dengan kebendaan, mementing diri hingga menganiaya keluarga dan pekerja sendiri.

Dan ada pula ahli saudara yg terpedaya dengan pembohongan anak sibapa, walhal sepatutnya mendapat hak yg ditinggalkannya.

Tentu mereka akan cuba menafikan, namun hakikatnya TUHAN MAHA MENGETAHUI. Dan jelas mereka ini tidak menginsafi, tetapi telah melupai bahawa setiap yg berlaku pasti ada pembalasannya kelak.

Wallahualam ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.