Friday, May 21, 2010

Menziarahi

Tatkala kita dibuai dengan kesibukan dunia atau bekerja, elok juga diluangkan waktu yg ada. Bila tiba waktu kita nanti, Insya'Allah ada pula yg akan turut menziarahi...

Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)." - (Riwayat Tabrani).

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 20, 2010

Keberkesanan, Kemanusiaan

Kesepakatan yg dicapai jelas menampakkan keseriusan kedua buah kerajaan menangani isu yg kian lama tertunggak.

Pemberian cuti sehari seminggu serta kebenaran memegang paspot sendiri, diharap dapat mengubah sikap dan budaya kerja ke arah yg lebih baik dan sihat. Masa sama memelihara kepentingan kedua pihak iaitu majikan dan pembantu.

Apatah lagi dengan peningkatan kes2 penderaan terhadap pembantu rumah dari Indonesia yg bekerja di Malaysia, tidak hairanlah wujudnya desakan untuk memastikan kebajikan mereka2 ini terbela.

Peringatan untuk majikan pula agar lebih bersifat kemanusiaan dalam menyediakan ruang dan peluang kerja serta mampu memberi tunjuk ajar kepada pembantu untuk menyesuaikan diri dengan lebih yakin dan berkesan.

Dan terutama buat majikan yg mendera baik dari segi mental atau fizikal, ingat dua perkara ini betul2...

1. Keberkesanan, bukan lebam dan tinggal kesan!
2. Kemanusiaan, bukan bersifat kebinatangan!

;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 14, 2010

Ditanya Perlukah??


Adat meminjam dipulangkan, apatah lagi jika yg dipinjamkan itu wang atau duit.

Namun lain pula kisah seorang lelaki tua ini. Disaat mula pinjam wang, berjanji manis hinggakan ibu kandungnya tertipu. Dikemudian hari, bila ditanya tentang pinjaman itu, boleh pula dipersoalkan pada si ibu... "perlukah duit itu??"

Si ibu terkelu dan tidak mampu berkata apa, apatah lagi perbuatan berhutang lelaki tua dihalalkan anak2 perempuan ibu itu sendiri.

Justeru lebih ramailah terpedaya dengan janji dan lagak lelaki tua yg bagai punya wang berkepuk, tetapi semua pinjam belaka. Malah ada yg berkata konon dia sedang berusaha, tapi tidak pula kelihatan hasilnya.

Hakikatnya yg berhutang pasti akan diadili setimpal di akhirat kelak, dan adakala di dunia lagi. Baik yg hutang ratus ribu mahupun yg hutang kad kredit beribu ;))

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah, ialah seseorang yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn.Majah)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 13, 2010

Perlu Baca!

Yg BAIK - ikhlas menolong tanpa harapkan balasan, tidak mengira siapa, pangkat atau darjat. Bukan setakat buat pulut kuning byk2 ya!

Yg MANIS - mampu tersenyum disaat susah dan senantiasa mengucap syukur kepada NYA. Senyum itukan sedekah dan seindah suria :D

Yg KAYA - menyedari bahawa kenikmatan dunia hanya bersifat sementara dan menyediakan bekalan untuk akhirat yg kekal selamanya. Alhamdulillah!

Yg MISKIN - tidak pernah puas mengumpul harta dunia, penuh hasad serta dengki. Hmmm macam kenal jerr, ooppsss!

Yg SIBUK - suka lewatkan solat dan perlekehkan doa. Kalau dah asyik kat shopping mall je, mana nak solat kan! ;)

Yg RUGI - sudah berumur tapi malas beramal dan beribadah serta sering memikirkan hal2 keduniaan. Bila susah, senang beringat, bila senang, mana nak ingat!

Yg BODOH - tidak menghargai yg lain, tidak menyedari keburukan dan tidak akui kelemahan diri. Hahhh, ramai yg aku kenal dalam kategori ni!

Yg MALAS - membiarkan pesan kebaikan ini begitu saja tanpa disebarkan kepada semua ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 4, 2010

Malang Tidak Berbau 2

Agak mengecewakan dengan tindakan segelintir pihak yg cuba menaguk di air keruh terhadap kes kematian remaja 15 tahun baru2 ini.

Saranan semua pihak bersikap rasional dan adil agar pihak Polis dapat menjalankan siasatan telus dan terperinci jelas tidak diendahkan. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan, malah, satu sidang akhbar ala pembangkang menceritakan detik2 kejadian juga telah diadakan.

Apakah motif sebenar sidang akhbar tersebut? Siapa dan apakah yang mendorong mereka untuk mendahului segalanya? Kemanakah niat awal agar kematian itu tidak disensasi dan dipolitikkan? Apakah perlantikan seorang peguam yg juga ahli politik mampu mengelak dari sensasi atau bebas dari politik? Persoalan yg pasti terjawab bila tiba waktunya kelak.

Tiada ibu atau keluarga yg mahu kehilangan ahlinya dalam tragis dan menyedihkan. Namun, itu semua satu ketentuan dan ujian dari ALLAH jua. Moga keadilan yg dituntut keluarga simati, atau mungkin juga ketenangan yg dicari akan tercapai.

Salam takziah dan Al-Fatihah...

Monday, May 3, 2010

Ada Benarnya Kan!

Ada benarnya kan kenyataan ini...

Menteri Dalam Negeri ini... "Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah tetapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota Polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota Polis?"...

Ketua Polis Negara..."Sebagai contoh kes yang melibatkan seorang anggota trafik kita kelmarin sehingga patah kaki kanan, ini disebabkan oleh anak orang yang "baik-baiklah" sehingga jadi macam ni,"...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sederhana & Berkat

Bersama Ibu dan akak, Ahad lepas sempat ziarah pakcik di Bukit Sentosa. Hanya lebih kurang 40 minit saja jika jalanraya lancar dan niat pun baik :))

Pakcik yg sudah berumur 62 tahun sebenarnya disahkan sakit barah usus dan sebab itu juga, kini diperutnya dipasang seakan alat menampung keluar najis. Agak sebak bila melihat, namun dia nampak cekal dan redha dengan ketentuan ini.

Mujurlah dia pun sekarang dijaga anak perempuan a.k.a sepupu. Sepupu pula jelas memainkan peranan sebagai anak yg sulung, walaupun seorang wanita, punya suami bekerja dan dua anak yg kecil dan bersekolah.

Tidak pula sepupu jadikan itu alasan untuk tidak jaga orang tuanya. Malah, bukan pula menjaga kerana harta sebab pakcik bukan orang berada atau berkemampuan.

Kesederhanaan hidup dan kesanggupan diri yg ditunjukkan mereka sekeluarga cukup menyejukkan jiwa dan rohani.

Moga pakcik diberi ketabahan menghadapi ujian kesakitan ini, dan moga anak serta menantu yg menjaganya diberi kekuatan dan keberkatan dari NYA, Insya'Allah.

Elok ziarah orang sakit ni, banding tengok orang cari penyakit, atau cari alasan diri yg sakit...ooppss ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 2, 2010

Booeh Dibuka!

Dengan perancangan dan persiapan hampir sebulan, esok 3 Mei 2010, menandakan pembukaan cawangan Booeh yg kedua, menyusuli cawangan utamanya yg dibuka Mac 2010 lalu.

Insya'Allah dengan modul yg berskala kecil dan mampu dibiayai ini, ia membolehkan lebih ramai anak bangsa untuk menceburi bidang perniagaan dobi yg sememangnya kompetitif dan mencabar.

Layari http://booeh.blogspot.com untuk keterangan tentang promosi dan diskaun yg ditawarkan sepanjang Mei dan Jun.

Booeh! Bersih! Nilai! Kualiti!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 1, 2010

Lembus!


Tersebutlah kisah, disebuah kampung di pinggir kota, sekumpulan lembu tua. 3 ekor semuanya. Seekor jantan dan 2 betina. Disaksikan pula 2 sang kancil yg waspada.

Si lembu tua buruk tabiatnya, selalu buat salah sebab suka kebas rumput sebelah. Itu besarrrr punyerrr salahhhhh!!! 2 lembu betina pulak suka pikir itu semua takde salah!

Lembu kedua pula ikut kepala sendiri. Rupa bukan itu saja, adakala pun penting diri, biasalah dah kepala sendiri, tapi bengap pun, alamakkk!!... tak terperi!!

Haaa, lembu ketiga ni memang spe 'sial', sebab gemar berlari. Dah tua dan berat pun tak sedar diri. Kalau susah, semua dicari, kalau silap, tak reti2. Kalau salah lagilahh, kuat semacam dia punya lari!!

Pendek citer, 3 ekor lembu ini muka lembu, belakang pun lembu. Hati sikit lembu, otak kompem macam lembu.

Lalu antara sang kancil pun bertanya..."Kenapa lembu2 itu punya sifat begitu yaa?? Lantas dijawab..."LEMBUUU MAHHHH!!"...

Tamat!

Moral: Tolong jangan hidup, makan, minum, fikir dan cakap macam lembu. Melainkan memang lembu! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.