Friday, April 30, 2010

Malang Tidak Berbau??

Antara petikan yang perlu diamati berhubung kes kematian remaja 15 tahun...

Ibu remaja tersebut....."Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut..."

"Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis... Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian,"


Ketua Polis Negara..... "Kenapa mahu melarikan diri daripada Polis sebab tindakan itu akan menimbulkan curiga dan menyebabkan anda disalah anggap sebagai penjenayah," ...

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguat kuasa,” ...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat .....''Ibu bapa perlu memantau dan mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi menjamin keselamatan diri serta nyawa mereka,"...

''Kita tidak boleh cuai terhadap anak-anak kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku atau menimpa kepada mereka ketika keluar rumah,"
.

Sumber Utusan Online http://www.utusan.com.my/

Tuesday, April 27, 2010

Tazkirah

Tazkirah untuk renungan bersama...

"Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi."

(Riwayat Muslim)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukan GLEE!

Akhirnya perkhabaran membawa harapan buat yg teraniaya. Mungkin berkat kesabaran menanti setelah berbulan lama. Kini, kebenaran yg dicari kian hampir, Insya'Allah.

Jelaslah bahawa mereka2 yg bersikap sangsi, berfikiran sempit dan pentingkan diri itu telah gagal membantu menghasilkan sebarang solusi yg jitu terhadap isu sebenar.

Sikap "biarkan" yg diamalkan mereka jelas mendorong penipuan untuk terus berlaku. Malah mereka juga telah gagal bertindak secara kolektif dan membetulkan yg silap, seterusnya menjadi penyumbang kepada sifat tidak amanah si pelaku yg semakin melarat.

Pendek kata, si pelaku dan mereka2 ini hanyalah GROUP OF LOSERS!!!

Bukan GLEE k ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Reputasi, Realiti

Mungkin pertemuan dengan beberapa kenalan Abah hanya kebetulan, namun kebetulan itu juga perlu difahami akan maksudnya.

Setelah hampir 2 tahun berlalu, ternyata mereka yg ditemui pernah mengenali dan menghormati dia. Reputasi yg ditinggalkan jelas menjangkau ke luar lingkungan, tidak hanya sewaktu hidup, malah setelah dia pergi.

Sememangnya peluang perkenalan sebegini tidak dirancang, namun hati tetap bersyukur kerna masih ada insan2 yg tidak melupai kebaikan dan pengorbanan yg Abah tinggalkan.

Dan bukan pula sekadar sebut nama, tapi lupa pesannya, atau sekadar hormat tapi lupa amanat, atau sekadar mengingati tapi tidak kunjungi. Realiti yg nyata walau ada yg cuba nafi.

Buat Abah, sesungguhnya reputasi mu dikagumi, Al-Fatihah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 25, 2010

Kelas Satu!

Minda sungguh teruja bila berpeluang duduk bersama teman lama dan baru, yg punya cerita dan latar belakang pelbagai dan menarik.

Mereka ini jelas punya tahap intelektual dan keterbukaan yg tinggi serta mudah dibawa bicara dengan apa jua isu dan perkara. Sesungguhnya didikan dan pengalaman hidup yg dilalui telah mengajar mereka dengan baik.

Dari soal kehidupan, berhijrah, mencari ilmu, membina kerjaya, dan yg penting, memelihara dan memahami entiti kekeluargaan dan keibubapaan.

Berbeza berbanding duduk dengan kelompok yg hanya tahu cerita tentang slot tv drama Filipino atau Indonesia di petang hari. Duk rumah, takde kerja dan tengok tv. Minda pun cetek, jiwa pun sempit.

Apapun sesi perbualan dan perkenalan bersama teman2 tadi cukup mesra, terbuka, saling hormati dan pasti diingati.

Sangat, sangat memuaskan! Kelompok minda dan jiwa kelas satu! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 24, 2010

Mulakan, Baru Doa

Sekadar berkongsi tazkirah ini, agar sama2 dapat memahami akan seruan yg disampaikan...

Dari Fadhalah Bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah SAW pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi SAW lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah Yang Maha Suci serta puji-pujian padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendakinya.

(Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Booeh, Babak 2

Dengan hanya tinggal kurang 10 hari, segala persiapan akhir sedang giat dijalankan bagi memastikan segala yg dirancangkan berjalan dengan lancar dan baik, Insya'Allah.

Peralatan dan mesin kini telah selamat tiba dan inventori pula sedia digunakan. Hari pembukaan dijangka pada 3 Mei 2010 bersamaan Isnin.

Tentunya cawangan kedua Booeh ini bakal merancakkan lagi aktiviti perniagaan di kawasan perumahan baru di Pandan Utama Fasa 2.

Dan sempena pembukaannya, pelbagai bentuk promosi dan diskaun dirancang dan diharap dapat menarik lebih ramai pelanggan setempat, baik individu mahupun korporat.

Bersih, Nilai, Kualiti... Booeh! Memang molek dan memang boleh!! ;))

Layari http://booeh.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 23, 2010

3T

Seorang ibu umumnya lebih faham tentang seorang ibu yg lain. Kecuali kes ibu "mereng", nak beranak tapi tak reti jaga, sebab semua disuruh suami, atau kes lebih berat seperti buang anak merata atau tinggalkan anak.

Namun persoalannya, kenapakah ada diantara mereka yg bergelar ibu masih tidak berupaya menyelami perasaan seorang ibu lain. Apatah lagi ibu itu yg kandung, lahir dan besarkan mereka.

Mungkinkah itu sebabnya mereka ini tidak beranak atau mampu beranak atau ada saja masalah tentang perihal anak?

Bila ditanya ibu ku, tiada kata selain sebak mengenang nasib yg kini menimpa diri. Pasti jauh dalam sudut hatinya, punya jawapan yg tidak kesampaian.

Aku pula hanya seorang lelaki, bukan seorang ibu, tidak beristeri mahupun beranak, tapi pegang pada satu janji bahawa segala beban ibu, akan ku cuba lenyapkan satu per satu.

Sewajarnya mereka yg "kononnya" ibu itu bermuhasabah, tapi mesti benar faham maksud muhasabah, bukan tahu sebut je, ooppsss!

Atau, paling tidak pun, 3T lah dulu.... tengok cermin, tepuk dada dan tanya diri.... Ibukah?? :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 22, 2010

Ranting Ibu

Sebuah kisah teladan yg digarap semula untuk sama2 kita hayati.

Mungkin kini atau dahulu kala, tersebut suatu kisah, seakan wujud kebiasaan manusia, untuk mem"buang" mereka yg lanjut usia. Tidak kira siapa atau dimana, yg lemah dan tidak berdaya akan diusung ke belantara, dibiarkan tanpa ketahuan nasibnya.

Dan disuatu hari seorang anak punya hasrat yg sama. Kerna Ibu tiada lagi mampu, maka didokong ibu dibelakang bahu, menuju ke hutan untuk di"buang" begitu.

Namun tanpa sedar, sambil dipatahkan ibunya, ranting2 kecil mengiringi setiap langkah sebagai tanda. Setibanya di hutan, si anak berkata sayu..."Ibu, kita dah sampai". Keberatan mula dirasai, perasaan sedih menyelubungi.

Lantas ibu mengusap pipi anaknya, merenung dalam ke benak jiwa dan berkata...

"Nak, Ibu senantiasa menyayangi mu. Walau hingga saat ini, tidak secebis ia kurang, tidak sejengkal ia putus."

"Telah ku tinggalkan petunjuk di sepanjang jalan sewaktu kita bersama, agar kamu jauh dari bahaya, tidak tersesat dan pulang ke pangkal dengan selamat".

Si anak yg mendengar terus menangis, memeluk erat mendakap ibu, bagai tidak mahu melepaskannya. Ranting itu diamati, jalan selamat dituruti, menuju ke tempat asal, berdua mereka kembali.

Ibu terus terbela, terus terjaga, dirawat dan dikasih hingga tiba waktu dan ketika, dipanggil mengadap pulang selamanya.

Tamat.

Mungkin ini hanya dongengan, atau mirip yg kita lalui, namun teladannya mampu membuka jiwa dan kembali kasih buat mereka yg masih ada.

Hayatilah perjuangan ibu, ingati pesanannya, sanjungi dan sayangi sewaktu bersama, bekalkan kasih dan doa, bila mereka tiada.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 20, 2010

Di Zon Selesa?

Tidak selamanya zon selesa masakini akan kekal selesa atau selamat. Kehidupan bagaimanapun menuntut kita untuk berubah dan melalui beberapa proses perubahan biasa. Sebagai contoh, dari kecil ke dewasa, dari muda ke tua, dari hidup ke mati dan sewaktu.

Namun untuk melakukan perubahan berskala besar dan mencabar keupayaan diri serta minda ini, ia memerlukan kesanggupan dan keberanian. Perubahan yg sewajarnya diharungi dan diharap berkekalan. Itupun selagi hidup ini dikandung badan.

Bak kata Abah..."Biar cuba dan gagal, dari gagal mencuba langsung!"

Tidaklah nanti dianggap seakan memancing dalam belanga atau maksudnya...hidup nak jalan senang jer... Oopppsss ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.