Sunday, March 28, 2010

Sejam Bergelap!

Semalam, dunia sekali lagi menyaksikan program global "Earth Hour" dijayakan dengan pembabitan semua pihak yg prihatin, dengan hanya memadamkan lampu selama 1 jam. Sungguhpun kesedaran itu tidak menyeluruh, tetapi semakin ramai yg menyertainya demi kesejahteraan Bumi dan umat sejagat :)

Thursday, March 25, 2010

Ikatan Amanah

Mungkin masanya memang sesuai untuk dimuktamadkan. Setelah beberapa hari, ikatan amanah terakhir kini semakin lengkap. Menentukan siapa dan apa yg wajar diterima bila tiba waktunya kelak.

Persediaan ini perlu demi keinsafan dan kesedaran bahawa segala yg dimiliki bersifat sementara, dan setiap yg hidup pasti akan merasai mati. Bila, bagaimana dan segala yg berlaku adalah atas kehendak dan milik NYA jua.

Diharap ikatan amanah dapat dilaksana dan disempurnakan sebaik mungkin oleh mereka yg dipertanggungjawabkan, serta memberi manafaat dan kebaikan kepada penerima dan tiada pula yg teraniaya sebagaimana yg menimpa dan berlaku sebelum ini.

Insya'Allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 20, 2010

Semua Lebih!

Pesta Buku kembali lagi di PWTC dan kali ini ia lebih besar sebab ruang dah besar! Lebih selesa sebab luas dan lebih penat sebab jauh nak menyeberang sungai!

Lebih potongan sebab orang nak diskaun, kalau percuma lagi elok! Lebih banyak buku baru jadi lebih belanja sebab buku baru mahal! Lebih banyak buku sekolah sebab budak2 cuti sekolah!

Lebih banyak plastik sebab kurang beg kitar semula. Mungkin sebab kurang kesedaran. Apapun jadikanlah membaca satu budaya dan amalan yg baik. Jangan lupa ke Pesta Buku k!

Bangsa membaca, bangsa berjaya! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 18, 2010

Agak2 Arrrr!!

Disebabkan kesibukkan melampau, tak sempat nak menulis seminggu dua ni. Namun, seakan kisah hangat pembohongan yg dibongkarkan di Parlimen semalam, ni pun ada citer pembohongan gak!

Itulah... bila dikatakan bangang, marahlah pulak. Tapi kalau tahap bangang dah cecah gampang, umur pun dah patut matang, tapi akal pendek macam _ _ _ _ tang (<<< isi ruang kosong sendiri!), jadi camner??

Masih nak percaya? bo ke doh?

Hanya manusia bajingan yg terdesak saja terhegeh2 keluar kertas kira2 macam baru nak belajar mengira. Gunalah otak atau calculator kalau ya pun. Ini lain orang, lain kertas, lain nombor. Itu namanya BOHONG!!

Masih nak percaya? bo ke doh?

Udah2la menipu tuuu, 1 Semenanjung dah tahu ko dah habiskan duit. Kenapa nak tolak lagi sana sini hak2 yg lain, reka benda2 ngarut dan bohong. Yg tak patut tolak pun kena tolak. Nak kurangkan hutang kerrr?? Lain kali, hak orang jangan dipakai, boleh jadi sakai, lama2 tak boleh pakai, nanti diri jadi bangkai!

Masih nak percaya? bo ke doh?

Janganlah mudah percaya, nanti mudah tertipu. Nak percaya pun agak2 aarrrrrr!!! ;)))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 9, 2010

Semborono!

Melalui emelnya, benar jugalah kata sorang teman yg bukan beragama Islam ini, tentang betapa pentingnya untuk kita memahami sesuatu bahasa itu dengan sempurna, bukan semborono!

Sunday, March 7, 2010

BOO'EH

Mewujudkan keyakinan pelanggan terhadap sesuatu jenama bukanlah satu proses yg singkat dan mudah.

Dengan perkhidmatan yg turut dipelopori ramai usahawan yg telah dan sedang berjaya, perancangan yg kreatif dan inovatif perlu diambil sebelum ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Berbekalkan dengan semangat itu dan kesungguhan serta kerjasama semua pihak, sesuatu yg baru dan segar telah pun bermula.

Boo'eh merupakan satu kelahiran jenama terkini dalam pasaran perkhidmatan pusat dobi di Lembah Klang, khususnya di sekitar bandar Ampang.

Dengan pelancaran dua cawangan iaitu pada bulan Mac dan Mei 2010, Boo'eh yakin dan mampu untuk berdaya saing dan menjadi antara yg terbaik di pentas perniagaan yg lebih terbuka dan mencabar.

Selaras dengan motonya, Boo'eh juga telah meletakkan satu keazaman yg tinggi dalam memastikan perkhidmatannya menepati citarasa serta kehendak semua peringkat pelanggan di pasaran.

Sokongan dan dorongan semua pelanggan lama dan baru amat dihargai dan senantiasa dialukan.

BOO'EH, BERSIH! NILAI! KUALITI!

Layari http://booeh.blogspot.com/

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 1, 2010

Kesanggupan IBU??

Kisah tragis adik Syafiah Humairah kian diperkatakan ramai. Adik yg hanya berumur 3 tahun itu telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk, dipercayai didera teman lelaki ibunya dan setelah dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu. Teman lelaki atau suspek yg berumur 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala bapa sebenar Syafiah pula dikhabarkan berada di dalam penjara dan masih suami kepada ibunya.

Tentulah ramai mengeji akan tindakan tidak berperikemanusian ini, namun jangan pula kita terlepas pandang tentang bagaimana perkara sebegini boleh terjadi. Sesuatu yg berlaku itu tentu ada punca dan rentetannya.

Sungguhpun ada jiran tetangga yg prihatin tapi terkilan tidak bertindak atau seorang ibu kandung yg mengakui kesilapan dan inginkan bantuan, namun semuanya agak terlewat kerna telah kehilangan nyawa yg tidak berdosa.

Mungkin tanggapan bahawa seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak ada benarnya. Hinggakan ada yg sanggup mengandung, membesar, menyayangi, menegur dan mendidik, tak kurang juga yg mengandung, mendera, membuang, membakar dan yg mengabaikan hinggakan anak itu "terbunuh" dengan sendirinya!

Fikir puncanya dan renung kesannya :\