Saturday, February 27, 2010

Petikan Akhbar

Berita akhbar hari ini memetik tentang betapa penting untuk masyarakat Islam di Malaysia agar lebih berhati2 apabila menjamu selera di restoran makanan yg berkonsepkan kopitiam. Ini susulan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yg menunjukkan hanya 2 kopitiam yg memperolehi sijil halal JAKIM yg masih sah, iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Masyarakat Islam juga diingatkan agar lebih peka dan memastikan restoran yg dikunjungi mempamerkan logo halal yg sah dan bukan sebaliknya.

Lihat betul2 logo di atas, guna mata dan bukan mulut saja. Tidaklah nanti bila dah kunyah baru rasa, dah telan baru tanya ;)

Mungkin Suatu Hari

Mungkin tidak semua ditakdirkan untuk mengecapi saat pertemuan singkat itu dan tidak semua berpeluang untuk bersua melihat wajah yg kini jarang menjelma.

Namun, walau apa jua tafsiran, mimpi yg diharapkan belum kesampaian. Mungkin, hanya dengan melangkah ke suatu perjalanan yg jauh kelak, dapat ku panjatkan doa dan harapan agar impian menjadi kenyataan.

Untuk menghulur tangan ke arah mu serta memeluk tubuh mu bagi melepaskan kasih dan rindu. Dan dalam penantian itu, aku berserah dan redha, bahawa suatu masa, hari itu akan tiba.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pesanan Terakhir

Sekadar memetik sedikit pesanan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW, untuk peringatan kita bersama...

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. "

9 Zulhijjah tahun 10 Hijarah, Lembah Uranah, Bukit Arafah

Thursday, February 25, 2010

Tiada Kepastian

Haslinda Mohd Zerain

Sesungguhnya tiada kepastian yg tua pergi dulu, yg muda pergi kemudian, dan berita pemergian seorang teman sebaya ini sebenarnya mengejutkan. Teman yg juga merupakan Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, telah meninggal dunia semalam akibat sakit jantung dan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Ulu Kelang, Selangor.

Seorang teman dan pemimpin yg disenangi dan dihormati rakan dan taulan. Keriangan dan kesopanannya pula akan senantiasa diingati dan disanjungi. Salam takziah buat ibubapa dan seluruh ahli keluarganya.

Semoga teman diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama mereka yg beramal soleh, Insya'Allah... Al-Fatihah.

Wednesday, February 24, 2010

Jalan Lurus & Bengkok

Untuk sekian kalinya hal ini sudah dijangka, tentang tafsiran songsang segelintir, termasuklah pandangan luar yg tidak berkepentingan, bahawa segalanya berpunca dengan apa yg ditinggalkan semata2.

Namun, sedarlah wahai mereka yg sangsi, hakikatnya nilai agihan yg tertangguh dan dipertikaikan hanyalah jumlah kecil berbanding hukum dan syarak yg bakal diterima, justeru terbukti, bukan ringgit yg dikejar atau harta yg direbut.

Mendokong sesuatu yg tidak beretika jelas bukan jalan terbaik. Jangan biarkan diri terus dieksploitasi dengan pembohongan yg boleh mengundang padah dan perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.

Jika pun usaha yg muda tidak disenangi atau dibenci, sekurang2nya ia tidak menafikan kebenaran atau membiarkan kesilapan, dan bukan sekadar peringatan, tetapi disertakan dengan tindakan yg sedikit sebanyak menyedarkan semua pihak.

Jalan singkat dan lurus tidak semestinya selamat. Jalan panjang dan bengkok tidak semestinya berliku ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 22, 2010

LAAA...TAK...PUN

Alangkah TAK terkejut PUN bila mendapat khabar berita tentang bicara. Dan TAK terkejut PUN bila mengetahui nombor tidak disimpan. LAAAAA, manakan tidak! Duit amanah yg dipesan simpan PUN lesap! Inikan pula sekadar nombor TELE-PUN!

Yg baca PUN jangan terasa pulak, ini pentas kan aku yg PUN-NYA! ;)

Friday, February 19, 2010

Tak Sakit, Tak Tahu

Beberapa hari di hospital bukanlah satu pengalaman yg menyeronokkan, apatah lagi bila perlu menjalani beberapa ujian, termasuk di bahagian otak, dada, jantung, darah, mata atau pendek kata hampir seluruh tubuh badan.

Namun itu semua pasti jauh lebih baik berbanding sakit yg terpaksa ditanggung jika tidak diberi perhatian serius dari sekarang.

Hanya dengan ujian2 sebegini, satu bentuk penilaian dan keputusan yg konklusif dapat diketahui serta penyakit atau ubat yg kini diprekriksikan. Tidaklah nanti sekadar menyapu TigerBalm dan makan ActiFast yg bersifat sementara kesannya.

Dan Alhamdulillah, berbekalkan perlindungan insuran perubatan, kos2 yg ditanggung pula tidak membebankan.

Kepada yg sudi melawat; Emak, Kak Shereen dan Aqmar, Kak Shidah dan suami, Acu Kontek, Pakcik Mail dan Fatin, Rusli, Nizam dan Suhaibi...Terima kasih kerna mengingati.

Kepada yg menghantar, menjaga dan menemani, Rahman, Yasmin dan Suryani... Aku berterima kasih dan amat hargai. Moga Tuhan memberkati usaha kalian bersama, Insya'allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 14, 2010

Kehebatan Rimau :)

Sekadar hiburan, melalui sumber astrologi internet, tentang karakter tahun Harimau. Agak panjang, tapi kalau kurang faham, buka kamus :)

No other sign of the Chinese zodiac has so much qualities of surprising others and radiate enthusiasm. You have a tremendous amount of energy and you want to feel that you are alive every moment. You love to try new things, and your vitality and spontaneousness help you. The thing you dislike most is dead routine and all you consider as boring.

Your creativity needs to run freely, and you love to live after your own laws. You will never give up your freedom, not even when you have found the right partner. You don't like rigid principles and acting in accordance with the party line, but once you found something you like, this will mean the world to you.

You are a very enthusiastic person, and those who are not as quick as you will have to stay behind. Your banner says.. "all or nothing", and you live that way. The speed with which you run through your life is incredible. When you are older you will have experienced a lot of unusual and interesting things to look back at and tell the colorful stories.

You are very much concentrated on your self, and have no objections against colorful fashion clothing or other decorative things to make people look at you. Your self-esteem, stage personality and charisma will surely attract others and be admired. You are the optimistic type, and no obstacle is too high for you to overcome. Your lifestyle may be very unconventional, and you don't care what others think of you.

Your self-consciousness is big and healthy, and thus you recover quickly from step-backs. The new day means new luck to you, and the word "giving up" will never be heard from you. Those who try to grab your position or want to push you out of the way will find a merciless warrior who fights with all means possible. In general you have the ability to use your chances consequently and to strike immediately when you feel the need for it.

You will bring a lot of excitement to your family, but kids will love you for that. You will never lose your ability to play, and will always surprise kids with new ideas. You will be very generous towards them. This is easy for you, because you are rather spendy. You always trust that enough money will flow back to you after you spent your last cent.

You have always been restless and were driven by the longing to discover and experience all things in your world. Discipline and obedience were unknown words to you, but you have always been very spontaneous. Your activities and vividness were a great joy for the whole family.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seteguh Gunung!

Pegangan dan keputusan aku tidak pernah berganjak dari hari pertama lagi. Tidak terpengaruh atau tercuit walau apa atau kerana siapa sekali pun. Bak pepatah, walau ribut yg datang melanda, gunung yg kukuh akan kekal berdiri teguh.

Tujuannya mudah, kesilapan itu tidak harus dibiarkan terus berlaku, tanpa ditegur atau cuba diperbetulkan. Jika dibiarkan, alamatnya umpama membiarkan anjing yg akan terus menghidu bangkai di belakang rumah.

Dan selagi kebenaran itu tidak tercapai, sehingga amanah tidak terlaksana dan hutang tidak terlunas, tiada yg akan aman dan tenang, baik yg hidup, mahupun yg mati.

Dan jangan pula sekadar beretorik kosong, berdegar2 kononnya tahu langit tinggi dan rendah, tapi sekadar mampu meninggalkan nota kaki di kepingan kertas yg kosong.

Kosong + kosong = kosong ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Stop Bullshit-ting!!

Mungkin tidak semua punya kefahaman yg sama, atau tidak cuba memahami sedalam mungkin. Isu sebenar bukan tentang mereka semata2, tetapi soal siapa di antara yg punya kemahuan itu.

Malah, komen dan pendapat tidak relevan yg dilontarkan, hanya akan menimbulkan kekeliruan dan tidak kurang menjengkelkan. Fahamilah yg ia bukan soal kemampuan atau privasi, gender atau individu, dosa atau pahala.

Tidak kira yg buat itu jantan atau betina, bujang atau duda, kahwin atau tidak, tua atau muda, atau suami cakap itu dan ini. Ketepikan segala alasan sempit dan bodoh, sebaliknya tumpukan pada objektif asal.

Ia berkisar melaksanakan sesuatu itu dengan penuh tanggungjawab tanpa menimbulkan kerumitan atau ayat mudah, you just do it or you dont, but stop bullshit-ting!! :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 1, 2010

Yg Pergi Di Januari

Sekadar memperingati yg telah pergi, semoga roh2 mereka ditempatkan bersama yg beramal soleh... AL-FATIHAH

Tan Sri Mohamed bin Rahmat
(4 Januari 1938 - 1 Januari 2010)

Tun Fatimah Hashim
(25 Disember 1924 - 9 Januari 2010)

Tan Sri Mohd Sedek Ali
(1950 - 22 Januari 2010)

DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
(8 April 1932 - 22 Januari 2010)

Tun Ghazali Shafie
(22 Mac 1922 - 24 Januari 2010)