Thursday, December 31, 2009
Imbasan '09
Wednesday, December 30, 2009
Terima Kasih Maisara
Sudah ketentuan dan waktu untuk dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat tanpa sebarang kecelakaan, sebagaimana dia tiba satu ketika dulu.
Jelas terpancar kegembiraan dan ketenangan diwajah, bagaikan kelegaan dan kerinduan untuk bertemu semula mereka yg menunggu kepulangannya.
Kehadiran dia pasti diingati buat yg menghargai. Terima kasih buat adik Maisara, moga kamu dilindungi, diberkati dan dimurahkan rezki yg lebih baik di sana nanti, Insya'allah :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Benci Dapat Dengki
Seandainya ruang bicara itu ditutup tanpa diberi peluang untuk dikupas, walhal ia bertujuan baik bagi mengenali punca dan penyelesaian, maka segala masalah akan kekal sama dan tidak berubah.
Individu yg salah akan senantiasa disanjung, dikatakan benar dan dilindungi sedangkan sudah terang yg dia antara punca!
Individu lain pula dipersalahkan dan tanpa disedari, mungkin teraniaya dan tersisih. Dan kumpulan yg cuba berbincang, dituduh menimbulkan konflik dan seolah tidak ambil peduli serta mengabaikan.
Apapun kini terbukti, yg bersalah itu sebenarnya punya sifat takut dengan bayangan sendiri, mewujudkan kebencian pada yg lain dan sikap menafikan kebenaran yg kelak hanya akan membinasakan hati.
Bak pesan lama, apa yg ditanam dan disemai, itulah hasil yg kita perolehi. Tanam padi dapat padi, tanam benci dapat dengki.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, December 27, 2009
28,188 sahaja!
Sewajarnya saranan seorang Profesor ini diberi perhatian, selain faktor kelengkapan sekolah harian yg kini setanding sekolah berasrama penuh, adalah lebih elok pelajar cemerlang itu terus bersama keluarga. Beliau juga berpendapat agar kita akur tentang keperluan tempat untuk ke sekolah berasrama penuh sepatutnya diisi dikalangan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.
Ia senada dengan nasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia agar ibubapa tidak memilih sekolah bagi meneruskan pembelajaran anak2 mereka dan memberi peluang pelajar2 dari sekolah luar bandar.
Sememangnya ibubapa mahukan yg terbaik, hanya mungkin mereka terlupa akan asal-usul kejayaan anak2 mereka sekarang. Elok juga ditanya terus pandangan anak itu sendiri dan menghormati keputusannya kelak.
Atau juga pandangan mereka yg layak, seperti guru2 di sekolah mereka atau yg berkelayakan untuk membicarakan aspek tahap pembelajaran dan kehidupan seterusnya seperti 2 tokoh tersebut di atas.
Bukan budak yg masih menunggu keputusan SPM, boleh?? ;)
Saturday, December 26, 2009
Hebat Debatnya!
Tempoh debat? Seawal 10 malam ke 2 pagi! 5 jam tanpa henti kecuali waktu makan malam, dengan teh yg terlebih manis dan pisang seulas.
Pedebat? 5 bersaudara yg terbukti keupayaannya untuk meninggi suara dan merendah nada, bila dan bagaimana, walau adakala tegang dan panas, tawa dan girang. Dipengerusi oleh ibu yg selang-seli sambil nonton tv dan 2 panel ipar sebagai saksi.
Moralnya?? Satu pendebatan yg jujur dan bertenaga. Pertembungan akal, emosi dan fakta, dan dari pelbagai sudut pandangan dan tendangan. Serta kematangan yg berani lagi terbuka.
Syabas! Syabas! Syabas buat kakak2 ku sekalian!
Nota: Nanti jangan lupa pi lambai ala Aznil Nawali kat LCCT buat dot dot dot k ;))
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sepupu Yg Pupus!
Bukan tak diingatkan, bukan pula terlupa, tapi seolah sepupu yg buat lupa. Waktu meminta, garam manis dari gula. Waktu melunas, madu pahit dari cuka. Tapi belum terlunas ya!
Dan bila jadi begini, baik suami, mahupun isteri, di perjumpaan, majlis tahlil, rumah terbuka dan hari raya, yg kini berbulan lamanya, langsung tak nampak hidung dan muka.
Mungkin sepupu tak faham, bahawa sikap berdiam diri, tak kota janji dan bercakap bohong yg menjadi punca, bukan nilai semata2. Moga sepupu sedar segera, agar tak pincang hubungan yg ada, apatah lagi bersaudara.
Hutang tetap hutang, bayar tetap bayar. You think its FREE MEHHH!! :P
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, December 24, 2009
Pokoknyaaaa!
Monday, December 21, 2009
2 Jam Setengah!
Saturday, December 19, 2009
Lagak Nyer!!
Duit nak bagi pi guna dulu,
Yg diamanah lepas begitu,
Rupanya janji semua palsu...
Lagaknya diri bukan kepalang,
Tapi seakan terhuyung-hayang,
Hak orang terbang melayang,
Kelibat hilang dah tinggal bayang...
Lagaknya diri semacam bagus,
Habis licin disapu rakus,
Sikit2 segalanya lupus,
Yg tinggal hanya angin kus-kus...
Lagaknya angkuh, langkahnya rapuh,
Cakapnya gopoh, rupanya hodohhh...
Ya betul... dia la brader,
Tapi betul moddooo la lu brader!!
Nota: Modo = Bodoh! ;)
Sunday, December 13, 2009
Baru 8 Tahun









Thursday, December 10, 2009
Abang Bodoh!
3 agihan tak berlaku, 10 hari dah berlalu..
100 ehem tak ingat kalu, Sepang kasi lalu..
Oh abang yg bodoh selalu, ko memang tak tahu maluuu ;)
Wednesday, December 9, 2009
Kuching, Akhir












Kuching 05.12.09







Dan sebelum menuju pulang ke hotel, singgah membeli belah di Bazar Utama untuk barangan cenderhati dan produk kraftangan tempatan.


Monday, December 7, 2009
Kuching 04.12.09
Namun, dalam cuaca basah, hanya 3 rumah suku kaum utama sempat dikunjungi , ini disusuli pula dengan pertunjukkan kebudayaan di Panggung Budaya yg telah siap diubahsuai dan dibaikpulih. Satu pertunjukkan yg wajib ditonton setiap pengunjung.






Selepas makan tengahari, perjalanan seterusnya membawa kami ke Semenggong, di mana 24 ekor spesis orang utan dipelihara dalam pusat pemuliharaan yg terbuka. Malangnya sekor saja yg muncul, yg lain tu ... se.. me.. ngong agaknya!
Perjalananan diakhiri dengan persinggahan di kilang tembikar Sarawak yg sememangnnya murah. Dengan keupayaan pembungkusan khusus untuk penerbangan, ianya memudahkan setiap pengunjung yg membeli tembikar2 berukuran sederhana ke besar dan ke amat besar!