Friday, August 28, 2009
Alhamdulillah!
Mungkin tahun depan, jika panjang umur dan murah rezeki buat syarikat, boleh ditambah dan dipergiatkan lagi usaha murni dan amal jariah begini, Insya'allah :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, August 27, 2009
Al-Fatihah
Al-Fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, yg meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan jantung semasa penerbangan pulangnya dari China ke Kuala Lumpur.Wednesday, August 26, 2009
Seringgit Je!
Apakah orang melayu moden masih mengamalkan ilmu kebal? Hingga boleh menangkis segala macam penyakit tanpa perlu beringat. Mungkinkah ada yg mengamalkan bacaan pelindung dan tangkal kuning? Bagaimana pula yg remaja, kanak2 dan bukan melayu? Ilmu dan ayat apa yg depa guna agaknya??
Atau kita terlupa untuk sediakan payung sebelum hujan. Hingga ada yg dah kuyup, baru nak berteduh. Berjaga2lah dan berwaspada. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Tak guna jimat seringgit sehari (harga topeng 3 ply), kalau bil hospital melambung, nyawa melayang! :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, August 25, 2009
Pesanan Terakhir
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hilang Jantan Celah Beadah?
Nah! Sekarang bila dah betul2 berlaku, lain plak nadanya. Lain hal bagi yg dah kena tamat, yg tak tamat pun turut ubah nada. Mulalah mengharap sambung kontrak. Konon lori belum abis bayar, liabiliti tinggi dan 100 jenis alasan plak seakan kucing hilang misai. Yg pucat muka dan kelu lidah pun ada seakan hilang jantan dicelah beadah agaknya!
Itulah, lain kali berani cakap beranilah tanggung. Jangan berapi je cakap, tapi asap yg keluar dahhhhhh.
P/s: Pesanan di atas tidak ditaja! :)))
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, August 24, 2009
Sejuta vs Kebahgian
Begitulah jika kita mudah lupa hakikatnya tentang wang. Lazimnya kita bertukar sifat bila wang menguasai diri dan segalanya. Wang untuk anak2, rumah besar, kereta mewah, bercuti luar negara, simpanan berguni-guni dsb. Hingga terlupa bahawa setiap yg wujud didunia ini ada hadnya. Termasuklah wang itu sendiri. Wang mungkin memberi kepuasan dunia tapi tidak di akhirat. Tiada langsung ganjaran walau dibawa ke liang lahat.
Bersyukurlah dengan apa yg dianugerahkanNYA. Bersyukurlah setiap pagi bila dikejutkan dengan kehidupan dariNYA. Bersyukurlah bila kita mampu berjalan, berkata, melihat, mendengar dan merasa nikmat-nikmatNYA. Bersyukurlah selagi diberi nyawa dan badan untuk terus beramal dan beribadah kepadaNYA.
Yakinlah, sejuta itu tidak akan sama dengan kebahgian akhirat yg abadi yg dijanjikanNYA. Ia tidak ternilai :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, August 22, 2009
Nama Pun Kontrak!
Pokoknya adakah kita bersedia menghadapinya? Jika belum, maka bersedialah. Tiada yg kekal apatah lagi yg bersifat sementara. Dan apa jua yg termeterai telah diikat dengan terma dan syarat yg ditentukan di dalamnya.
Tiada guna melalak bagai anjing tersepit jika perkara sudah dijangka. Kita perlu hormati penamatan sama seperti sewaktu kita turun tandatangan dan akur akan implikasinya.
Dah nama pun kontrak!! Ada faham??!! ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, August 20, 2009
Ramadhan Kembali
Sempena bulan Islam yg ke 9 dan yg termulia diantaranya, marilah kita sama2 mengambil peluang ini untuk memperbaiki dan mempertingkatkan amalan dan solat. Perbanyakkan jariah dan kebajikan serta meluangkan lebih masa dengan yg tersayang, keluarga dan sahabat handai.
Kepada semua yg mengenali, mohon ampun dan maaf serta selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan keinsafan. Moga kita semua diberkati NYA, Insya'allah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak! :))
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, August 15, 2009
B Punya B!
Selesema BABI yg juga dikenali sebagai A(H1N1) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi BABI.
Pada BABI, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan BABI dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV).
Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada BABI. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan BABI terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia.
Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak H1N1 selesema BABI 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Kesimpulannya, ini semua babi punya pasal!! Memang patutlah kasi tutup semua ladang2 babi di Malaysia! Babi punya babi!! :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, August 8, 2009
Wasiat Untuk Bangsa
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Buruk Sangka
Mungkin mereka terlupa bahawa ada perkara dan hal2 berbangkit yg lain yg boleh diulas. Ada banyak isu2 kehidupan yg jauh lebih afdal dan penting, wajib dan harus atau perlu dibincangkan, baik di depan atau "tertutup". Lagipun semua orang ada hak untuk bercakapkan!
Moralnya mudah, tiada pentingnya sesuatu perkara itu hanya berkaitan mereka semata2! A.k.a penting kerrrrr???!!! :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, August 1, 2009
"Takde Rezki?"
Adakah jika tidak bekerja dan tidak pula mencari kerja itu dianggap takde rezki? Bila tidak belajar dan dapat keputusan corot, itu juga takde rezki? Bila tidak berjimat dan kehabisan simpanan pun takde rezki namanya?
Sememangnya hak kita untuk berusaha dan menentukan soal rezki yg banyak atau sedikit, halal atau haram serta bersih atau tidak. Malah kita dituntut untuk mengubah nasib sendiri dan tidak alpa. Dan jangan pula selalu guna tiket takde rezki semata2 nak menafikan perbuatan kita yg tidak berusaha atau berbuat apa2.
Kalau nak duit, ia tak turun dari langit tapi perlu dicari. Jangan cakap takde rezki sebab itu alasan basi! :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bersyukur
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.