Saturday, June 27, 2009

B A B .... !!

Jika pun ada kekeliruan berhubung istilah sesuai bagi Influenza A(H1N1) yg dibangkitkan Pak Menteri atau Ketua Pengarah Kesihatan, yg penting adalah keupayaan mekanisme yg diwujudkan kerajaan dan badan berkenaan dalam memastikan wabak terkawal. Kesedaran orang ramai juga turut penting dalam mematuhi saranan dan nasihat yg dikeluarkan dari masa ke semasa.

Tak kisahlah nama apa pun. Yg pasti babi itu salah satu aspek atau faktor. Ingat dulu2 masa selsema burung?? Rata2 ramai berhenti makan ayam atau sewaktunya dan yg dijangkiti pula dihapuskan!

Jadi apa kata sekarang, kita hapuskan babi2 ni semua! Boleh!!?? Kemudian nak pilih nama, pilihlah!! Nama2 disediakan seperti di bawah;

  1. A(H1N1)
  2. Selsema babi!
  3. Selsema punca babi!
  4. Babi punya selsema!! atau pun
  5. Babi punya babi!!! atauuuu!
  6. WATTTTEVERRR!!!

:PP

Friday, June 26, 2009

Sketsa Topi

Cetok, baja, keledar, songkok, ketayap punyai sama erti. Semuanya topi nak tutup kepala. Banyak lagi jenis2 topi kt luar sana. Macam2 gaya dan rupa si pemakainya. Askar pakai, chef pakai, polis, remaja, pragawati, pilot dan sebagainya. Senarainya meleret2 la sampai ke JAGA pun pakai!!

Namun, yg tutup kepala tu tak penting. Lebih penting yg kt dlm kepala tu. Ya!! Kepala otak tu yg penting!! Lain2 tu perasan penting jerr.

Jadi, gunalah topi dengan berkhemah dan jika perlu, simpan2 elok. Tak pun, simpan je dalam lemari! Jangan harap topi je cantik, tapi otak cetek dan poket plak sengkek!

Kwang! Kwang! Kwang! ;))

Thursday, June 18, 2009

Melayari Putrajaya

Melayari Putrajaya bukan dirancang. Hanya kebetulan atas urusan famili yg bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, peluang menaiki bot yg mungkin digunakan, dimanafaatkan sepenuhnya.

Fakta jelas yg tidak pernah diketahui diri. Bahawa Tasik Putrajaya merupakan tasik buatan manusia yg berkeluasan lebih kurang 650 hektar. 2 tahun untuk dikorek, 2 tahun untuk diisikan airnya dan dari punca 2 sungai.

Memiliki satu pemandangan yg jarang2 dapat dilihat dari ibukota. Menyusuri tasik yg dikelilingi struktur yg unik dan tersendiri. Seolah2 melalui sebuah muzium yg besar.

Saturday, June 13, 2009

Melaka pun OK!

Ikut perancangan awal, ingin bercuti ke destinasi luar. Tapi atas sebab2 teknikal "bodoh" dan penyebaran virus H1N1, maka tak jadi. Dah bertahun lamanya percutian seumpama ini tidak berlaku. Sungguhpun Melaka, ia tetap satu permulaan percutian keluarga yg bermakna.

Disertai rombongan keluarga yg besau2 belaka dan keriuhan yg berbeza. Kelincahan dan kepetahan si kecil yg sedikit sebanyak menghiburkan hati sungguhpun kepenatan berjalan dari satu tempat ke satu tempat.

Sikit tak seronok di tempat menginap. 5 bintang, tapi dipenuhi "Jinjang Joe"!! :P

Monday, June 8, 2009

Langkawi End

Percutian ke Langkawi selama 4 hari 3 malam merupakan satu pengalaman yg menyeronokkan. Sungguhpun kepanasan cuaca pulaunya, kewujudan pelbagai tempat pelancongan menarik serta statusnya sebagai pulau bebas cukai merupakan faktor penting menempatkan ia sebagai destinasi percutian utama di Malaysia.

Memang banyak lagi boleh dikongsi bersama, namun berikut antara foto2 yg sempat dirakam sepanjang hari2 terakhir di pulau Langkawi...

Langkawi 3

Gunung Machincang! Ya bunyi pun macam nak kena cincang!! Sebab kena naik kabel sepanjang lebih 900 meter. Longest free span single rope cabel car! Ya, terpanjang! Menyusuri gunung yg setinggi lebih 600 meter. Dengan kecurahan 42 darjah yg menggerunkan!! Mengucap tak abis tu!!

Namun, suasana di puncak beza sekali. Mengasyikkan dan menakjubkan. Tiada kata dapat mengambarkan keindahan alam ciptaan tuhan. Bagaikan tiada pemisah antara laut dan langit.

Thursday, June 4, 2009

Langkawi 2

Hari 2 di Langkawi bermula dengan lawatan ke Galeria Perdana. Lebih kurang 11km dari pekan Kuah. Menghimpunkan koleksi peribadi dan cenderahati yg diterima mantan PM, Tun Dr Mahathir dan Isteri. Boleh dikatakan banyak jugaklah ayahanda dan bonda Tun terima. Dari negara Arab ada, Asean pun ada! "Dari Bollywood takde...??" (tiru dialog iklan TM!)

Seterusnya ke pekan Kuah untuk membeli belah (tiada foto diambil sebab sibuk shopping). Destinasi yg tentu menyeronokkkan bagi makcik2 kiah yg nak beli pinggang mangkuk! Lain2 barang pun ada jual. Bawak duit lebih saje :))

Sebelah petang ke Laman Padi. Sambil makan tengahari dan menikmati pemandangan sawah bendang. Cukup menenangkan, sungguhpun cuaca panas. Tapi pengalaman tu yg berharga. Maklum saja bila orang bandar jejak kaki ke sawah. Teruja dan terpegun :)