Kesempatan ke Hyatt Regency di Kuantan memberi peluang melihat keindahan pantai Teluk Cempedak dan kawasan peranginan pantai2nya yg lain. Tempat tumpuan ramai sewaktu musim cuti dan hujung minggu. Apatah lagi dengan kewujudan 24 jam Mcdonald dan KFC serta pusat2 kraftangan pelancongan di sepanjang pantai.
Sempat juga ke Teluk Balok yg jarang2 didengari pengunjung sungguhpun sehala ke Pantai Cherating. Berpeluang singgah mengambil wajah pemandangan pantainya yg sama indah dan bersih.
Pastinya satu destinasi yg boleh dikunjungi untuk merehatkan minda dan badan. Bersama deruan ombak tinggi menghempas pantai yg menenangkan jiwa. Dan jika mahu, bermandilah di Laut Cina Selatan sambil melawan arusnya yg kuat dan ganas!Diri sempatlah jugak beremdam di dalam air. Pasal gian nak mandi laut. Ingat dah cukup berat, pun kena tolak dek arus. Macam paus terdamparlah plak!! boleh?? ;)

Dimohon restu dan rahmat ke atas roh abah, ibubapa dan saudara maranya yg telah pergi. Semoga senantiasa diberkati dan dicucuri. Serta ditempatkan bersama mereka yg dikasihi. Al-Fatihah.