Tuesday, March 31, 2009

Jutawan??

Dalam siri kartun popular, The Simpsons, watak Mr. Burns dilihat sebagai seorang usahawan yg jutawan tapi bukan dermawan. Watak ini, pada realitinya ramai disekeliling kita. Hanya mungkin punya latar belakang dan kisah kesudahan yg berbeza.

Kita perlu sedar, yg jual berekar2 tanah juga boleh jadi jutawan. Peneroka FELDA, tukang emas, ahli politik, usahawan tender dsbnya, pun boleh gelar diri jutawan. Malah, yg menang 4D, lumba kuda atau sewaktunya juga boleh menang berjuta! Semuanya jutawan baru yg mampu menikmati kekayaan mencecah jutaan.

Yg penting, jangan tamak dan haloba. Jangan sebabkan nak di depan, semuanya ditelan. Sungguhpun nak dunia tahu diri itu jutawan, kenalah jadi dermawan, bukan kedekut one! Fahamlah yg kaya mesti ada rupa, tapi jangan lupa dan berpijaklah di bumi nyata.

Tak kiralah jutawan, hartawan atau berangan di awangan sekali pun, Ingat!! Ada yg lebih kaya dari segalanya! Lebih kaya dari Abdul Wahab!!! Lebih kaya dari Abdul Wahub!!! (dialog filem la plak!!)

Bak kata omputih Theres always a bigger fish out there! :)

Tuesday, March 24, 2009

Berhenti Kerja GLC

Sekadar berkongsi, kisah seorang teman lama yg berpangkat tinggi, bekerja lebih 10 tahun dan gaji ribuan ringgit di sebuah syarikat gergasi berkaitan kerajaan (GLC) tetapi ingin berhenti.

Faktor terlalu lama di tempat sama dan kesibukkan hingga tiada waktu untuk keluarga dan yg tersayang, merupakan antara punca. Justeru dia perlu menukar angin dan ke padang yg lebih hijau dan luas.

Keputusan itu kelak membolehkan dia mencipta ruang dan perspektif yg baru. Memberi satu bentuk keputusan dan kepuasan yg berbeza. Satu anjakan paradigma yg menandakan kemajuan dalam diri. Sekurang2nya nanti, teman ini tidaklah bekerja macam kuli sampai mati tapi caci majikan sendiri.

Macam setengah teman lama lain, pun kerja GLC, tapi kerajaan dicaci, bagai tak sedar diri, makan rezki yg diberi, tak nak plak berhenti!

Ooppppsss.... pesanan ini tidak ditaja, harap maklum! ;)

Saturday, March 21, 2009

1 Jam Untuk Bumi

Sabtu, 28 Mac 2009, tepat jam 8.30 malam, di mana jua anda berada, padamkan semua lampu selama 1 jam. Ya, 1 jam sahaja! Sebarkan seruan ini dan sama2 jayakan "Earth Hour" demi masa depan bumi kita.

Thursday, March 19, 2009

Kesibukkan Yg Dilupai

Semua orang sibuk. Sibuk belajar, bekerja, berniaga, berkarya, beremosi, berpolitik dan macam2 "ber" lagi. Hinggakan kadangkala kita terlupa tentang mereka yg berkepentingan.

Mereka2 yg kebiasaan disitu tidak kira di waktu susah ataupun senang, dahulu mahupun sekarang. Dan kita pula mudah mengganggap yg mereka boleh menerimanya, lantas mengenepikan seketika bagi menumpukan perhatian terhadap kesibukkan itu. Namun sedarlah yg mereka juga punya perasaan dan kehadiran itu jangan dipersia. Bukan sekadar untuk ditanya bila perlu dan dilupa bila sibuk. Dan hidup pula tidak lama, mungkin ada yg tak berkesempatan.

Pesanan sekadar mengingati sesama diri dan insan lain. Sebab yg lampau aku akui dan pelajari. Tika hayat abah, aku sering lupai, namun setelah pergi, baru kini aku memahami :(

Si Kaya Punya Telefon

Model: Nokia 3310
Usia: > 5 tahun
Harga Pasaran: Tak Laku

Begitu usang telefon mudah alih ini. Dengan teknologi yg sungguh terkebelakang dan jarang sekali kelihatan yg menggunakannya. Pemilik sememangnya bukan asal senang. Bukan pula kenamaan atau bangsawan, namun bukan juga calang orangnya. Sangat "kaya" hinggakan tak ternilai ertinya.

Kaya dengan amal dan jariah, budi dan khemah. Kaya dengan jasa dan sumbangan, karya dan pandangan. Kaya dengan nasihat dan teguran, baran dan sindiran. Serta kaya dengan nilai diri yg tinggi, hinggakan tergambar di saat dia pergi. Bagi yg mengenali si pemilik telefon ini, pasti tahu akan maksud kebenaran kenyataan di atas.

Itulah kadang2 lumrahnya, dah kaya sering menunduk, yg baru nak kaya kadang menunjuk, tak kaya suka menunjuk.

Ingat!!! Kadang! ... Kadang! ;))

Wednesday, March 18, 2009

Maksud Bulan Harijadi

Sungguhpun ulangtahun diri masih jauh, saja2 mencuba satu kuiz tentang maksud bulan harijadi anda di Facebook.com. Penerangannya dalam English, dapatkan kamus untuk sebarang soalan ;)

OCTOBER Birthdays: Loves to chat. Loves those who loves them. Loves to take things at the center. Inner and physical beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Day dreamer. Opinionated. Does not care of what others think. Emotional. Decisive. Strong clairvoyance. Loves to travel, the art sand literature. Touchy and easily jealous. Concerned. Loves outdoors. Just and fair. Spendthrift. Easily influenced. Easily loses confidence. Loves children.

Keputusan ketepatan: 95% ;)

Tuesday, March 10, 2009

Bercanda Tepi Kolam

Secara kebetulan dan tidak dirancang, sepetang bersama keluarga, menikmati udara petang di tepi kolam...

Monday, March 9, 2009

Tanggapan Yg Jelas

Tergelak bila melihat teman2 yg kononnya menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hinggakan mereka mengada2kan pelbagai tanggapan bahawa sistem ini tidak menguntungkan anak2 melayu yg bersekolah. Peliknya, teman2 yg lantang "membangkang dan bersuara" rupa2nya;
  • Waktu sekolah, seakan pandai, tapi jelas tak bijak
  • Mampu belajar tinggi, jelas guna kemudahan kerajaan
  • Ke universiti luar negara, jelas tiada semangat nasional
  • Ntah2, belajar ditanggung, jelas tak kenang dek untung
  • Bicara soal anak sekolah, rupanya dia takda anak, JELAS MENGONG!!
Kesimpulannya, mereka2 ini hanya panjang lidah, tapi pendek akal ;)

Monday, March 2, 2009

Menghargai Sesuatu Itu

Rata2 hanya tahu melafaz ucapan terima kasih bila menerima sesuatu, baik hadiah atau dorongan, bantuan atau nasihat, mahupun peluang atau pelbagai bentuk ehsan lain. Namun, pernahkah kita benar2 berterima kasih dan memberi maksud "menghargai" itu dengan setimpal.

Sungguhpun sesuatu itu telah ditunaikan dengan sedaya mampu, dan ianya membantu, akhirnya kita sering lupa dan tidak menghargai yg lalu di kemudian hari. Jika dipanjangkan, tentunya sesuatu itu akan merungkai kisah bertahun lama sehingga yg berlaku kini. Dan tentunya akan memeritkan mata dan hati semua.

Bak pepatah; "Orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Namun jangan sekadar reti berbahasa, tapi juga perlu berjasa.

Jika rasa diri dah bagus, jangan langsung merasa! ;)

Sunday, March 1, 2009

Nasi Lemak Pak Ali

Deretan kedai yg terletak di Jalan Dang Wangi ini telah wujud berpuluh tahun lamanya. Dan mungkin seusia bangunan, disitulah satu ketika dulu, Pak Ali menjual nasi lemaknya.

Walaupun kini dikenali sebagai nasi lemak Dang Wangi, resipi turun temurun ini seakal kekal dan tidak ditelan zaman. Keenakan nasi lemak dengan pelbagai lauk seperti paru berempah, bergedel, telur goreng, rendang ayam dan kerang, sambal sotong dan macam2 lagi pastinya mengundang selera si pengunjung.

Bukan nak promo sakan, atau punya saham dalam bisnes keluarga Pak Ali, hanya bila melangkah masuk, teringat waktu kecil bila sering ikut abah ke sana. Tempat abah "melepak" dan bertemu rakan2. Ah Boon, pemilik asal pun masih hidup, tapi dia sewakan kat waris Pak Ali untuk terus niaga. Apapun, cuba2lah! Nasi lemaknya gerenti sedap!

Tapi jangan cuba cari Pak Ali plak! Faham2lah ;)

Kita Merubah Segalanya

Faktanya mudah dan benar. Bahawa kita menguasai hampir sepenuhnya, terhadap apa yg berlaku dalam kehidupan seharian. Samada baik atau buruk, benar ataupun salah. Punca dari kehidupun itu sendiri agak terlalu kecil berbanding apa yg tertakhluk di tangan sendiri.

Pendekatan yg benar dan telus terhadap sesuatu perkara merupakan faktor asas. Bukan sekadar merujuk yg lalu sebagai panduan, bukan juga soal ketrampilan dan keupayaan semata2. Pendekatan yg salah boleh merubah dan menggoncang dunia yg terbina walau utuh sekalipun.

Kita tidak mampu mengubah sejarah atau yg tidak dapat dielakkan. Mahupun menafikan bahawa rambut sama hitam, tapi hati lain2. Tapi kita mampu menentukan apa yg terbaik, dalam setiap pilihan yg ada.

Biar mampu berlari di saat bangun, dan mampu merangkak di saat tumbang.